Ketua Pengarah Kesihatan Kecewa Sikap Rakyat Malaysia

Trending

Ketua Pengarah Kesihatan Kecewa Sikap Rakyat Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang diterima menunjukkan orang ramai melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika membeli-belah untuk persiapan raya.

Ketika sidang media harian COVID-19 yang dilakukan, Dr Noor Hisham menyatakan terdapat peningkatan aktiviti membeli-belah untuk Hari Raya di seluruh negera ketika ini.

Advertisement

Tidak dinafikan, waaupun tidak semua individu melanggar SOP yang dikeluarkan, namun masih ada sejumlah individu yang melanggar SOP secara terang-terangan di pusat membeli belah mahupun di kedai runcit.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap ketidak patuhan orang ramai dalam menjaga keselamatan diri.

KKM terus mendesak rakyat Malaysia agar tidak membeli keperluan raya di tempat-tempat sesak yang menyukarkan penjarakan sosial dilakukan.

Selain itu, Dr Noor Hisham juga mengingatkan supaya ibu bapa tidak membawa bayi dan kanak-kanak mengunjungi pusat membeli-belah atau kawasan awam. Ini kerana, golongan ini amat mudah terdedah kepada jangkitan virus COVID-19.

Advertisement

membeli-belah

Walaupun Malaysia telah mencatatkan penurunan kes sehingga dua angka, ini tidak bermakna rakyat Malaysia harus terleka dengan bahayanya wabak ini. Penjagaan kesihatan yang ketat perlu diteruskan sehingga Malaysia mencapai sifar kes jangkitan.

Minggu lalu. Dr Noor Hisham telah mengeluarkan amaran berhubung gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang diramalkan boleh berlaku sekitar pertengahan Jun. Sekiranya rakyat Malaysia gagal untuk mematuhi SOP terutama penjarakan sosial, ramalan ini tidak mustahil akan berlaku.

pasar

Jangka masa ramalan ini bertepatan dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 24 Mei ini.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan satu lagi kes kematian akibat COVID-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian ialah sebanyak 114. Kes baru positif jangkitan turut dicatatkan sebanyak 37 kes.

Sumber

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...