Perintah Kawalan Pergerakan telah meminta semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama dengan duduk di rumah dan mengehadkan pergerakan di luar. Ini bertujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Arahan terbaru yang dikeluarkan berkaitan arahan ini ialah hanya ketua keluarga yang dibenarkan untuk keluar atas urusan membeli barang keperluan khususnya barang makanan. Bermakna, arahan ini akan diuruskan oleh kaum lelaki untuk membeli keperluan bahan basah atau bahan kering yang sebelum ini banyak diuruskan oleh kaum wanita.
Pelbagai reaksi cemas dan kelakar yang dikongsikan oleh rata-rata para suami di media sosial kerana tersilap mendapatkan barang yang telah dipesan. Meskipun pesanan tersebut telah disertakan dengan senarai barangan.
Sementara pekerja menyiapkan keperluan senarai barangan pelanggan, pelanggan boleh memilih untuk tunggu di dalam kereta dan akan dihubungi apabila kesemua barangan telah dipenuhi. Secara tidak langsung, social distancing pelanggan akan lebih terjamin. Pastinya kaum lelaki tidak akan mempunyai masalah tersilap membeli keperluan. Lebih-lebih lagi kaum perempuan sangat cerewet dengan jenis dan jenama barangan yang ingin dibeli.