Mungkin anda terbayang babak di dalam filem aksi di mana penjenayah melakukan teknik penyamaran kan? Tetapi ini bukanlah babak dari mana-mana filem kerana kejadian ini sememangnya berlaku di Brazil. Seorang ketua gangster yang ditahan di sebuah penjara cuba melarikan diri dengan cara menyamar sebagai anak perempuannya.
Clauvino da Silva atau dikenali sebagai ‘Shorty’ ditahan atas kesalahan mengedar dadah dan itu bukanlah kali pertama beliau ditahan atas kesalahan yang sama.
Cubaan melarikan diri kali ini, Shorty dijumpai berpakaian seperti anak perempuannya dengan memakai t-shirt merah jambu, berseluar jeans dan berambut palsu.
Preso é pego tentando fugir disfarçado de mulher. Leia a notícia completa em: https://t.co/TwwrvYgfZf pic.twitter.com/x1XivRqshm
— Jornal O Dia (@jornalodia) August 3, 2019
Semasa cubaan membawanya keluar dari situ, anak perempuannya Ana Gabriele sedang bersembunyi di penjara berkenaan. Ketika ingin keluar di pintu masuk tersebut selepas tamat waktu melawat, pengawal yang curiga dengan rupanya yang nampak pelik menahannya dari keluar.
Topeng muka yang diperbuat dari silikon itu sememangnya nampak mencurigakan jika dilihat oleh sesiapa pun.
Sumber: Buzzfeed