Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, 74, dilaporkan telah meninggal dunia jam 8.30 malam tadi rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, lapor akhbar Berita Harian.
Kumpulan ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin sebelum ini telah disenaraikan sebagai kumpulan agama sesat oleh pihak berkuasa agama di mana mereka menjadikan Kampung Batu 13, Hulu Besut sebagai pusat menyebar idiologi sonsang berkenaan.
Dalam ajaran berkenaan, Ayah Pin telah menggelarkan dirinya sebagai ‘tuhan’ kepada semua agama yang ada di dunia dengan mendakwa beliau menerima wahyu dari langit dan apa yang diajar atau dilakukannya adalah berasaskan wahyu berkenaan.
Pejabat Tanah Daerah Besut pada April 2005 telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.
Lol
April 23, 2016 at 12:07 pm
Eh…tak naik langit?! Trafik jam kat angkasa katanya.
alami
April 25, 2016 at 8:03 am
Itulah pasal.. Kuasa Allah lebih besar.. DIa mengaku tuhan tapi Allah boleh ambil nyawa dia bila2 masa jer.. Tu pun pengikut dia boleh bodoh lagi percaya kat dia..