Ketua Ajaran Sesat “Kerajaan Langit” Ayah Pin Meninggal Dunia

Trending

Ketua Ajaran Sesat “Kerajaan Langit” Ayah Pin Meninggal Dunia

1Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Pin, 74, dilaporkan telah meninggal dunia jam 8.30 malam tadi rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, lapor akhbar Berita Harian.
Kumpulan ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’ yang diasaskan oleh Ayah Pin sebelum ini telah disenaraikan sebagai kumpulan agama sesat oleh pihak berkuasa agama di mana mereka menjadikan Kampung Batu 13, Hulu Besut sebagai pusat menyebar idiologi sonsang berkenaan.

Dalam ajaran berkenaan, Ayah Pin telah menggelarkan dirinya sebagai ‘tuhan’ kepada semua agama yang ada di dunia dengan mendakwa beliau menerima wahyu dari langit dan apa yang diajar atau dilakukannya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Advertisement

Pejabat Tanah Daerah Besut pada April 2005 telah mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.

2 (1)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...