“Ketika Saya Turun Pentas, Tiba-Tiba..” – Ari Lasso Buat Persembahan Di Hadapan Jin?

Hiburan

“Ketika Saya Turun Pentas, Tiba-Tiba..” – Ari Lasso Buat Persembahan Di Hadapan Jin?

Penyanyi Ari Lasso tular di aplikasi Tik Tok selepas membuat pendedahan tentang kisah yang telah berlaku pada dirinya sekitar 16 tahun lalu apabila dia dikatakan membuat persembahan di hadapan jin.

Ari atau nama lengkapnya Ari Bernardus Lasso berkata kejadian mistik itu berlaku ketika dia bersama sama ADA band mengikuti sesi jelajah ke 30 buah Kota di Indonesia untuk mengadakan persembahan.

Advertisement

Menurut penyanyi kelahiran Indonesia itu, kejadian berlaku pada tahun 2015 dan mereka menjelajah ke 30 buah kota dan ketika tiba di salah satu kota, mereka dinasihatkan agar mengendahkan jikalau ada penonton yang aneh.

Saya tak dapat pastikan sama ada itu jin atau makhluk halus tapi kami diingatkan agar jangan mandi sehingga keluar dari kota itu.

Ari, 48, berkata ketika di pentas dia memang rasa sangat unik dengan penonton 15,000 orang di dalam stadium. Ada yang menari-nari seperti asyik dengan diri sendiri tetapi dia berasa biasa sahaja.

Keadaan bertambah pelik apabila selesai mengadakan konsert terbabit, kami sekumpulan mahu keluar dari stadium itu. Di stadium itu cuma ada satu pintu, pintu sama juga digunakan untuk penonton keluar masuk. Begitu juga anggota band.

Tambah Ari, ketika dia turun untuk ke kereta tiba-tiba stadium sudah lenggang. Ada orang tetapi tidak sama seperti keadaan semasa dia menyanyi dua minit sebelumnya.

Saya rasa hebat penonton di kota ini, keluar satu pintu dengan cepat dan teratur. Saya kecewa stadium sudah sepi tapi mungkin ada orang di luar. Bila saya keluar dari stadium sama sahaja, lagi sepi.

Penyanyi lagu Hampa itu berkata dia dinasihatkan agar tidak terus membahaskan perkara itu.

Ari Lasso
2 years ago

Kini Sudah Botak, Ari Lasso Jalani Kemoterapi Rawat Kanser

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...