Baru-baru ini, pengasas Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri telah rebah secara tiba-tiba ketika dirinya sedang menghadiri sebuah majlis sambutan bulan Ramadan yang dianjurkan oleh syarikatnya.
Kerana kezaliman manusia
Dalam sebuah hantaran yang dikongsikan di TikTok, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melihatkan usahawan itu rebah ketika sedang ingin bergambar bersama para pelajar yang ada.
Kemudian, suami kepada Haliza iaitu Mohd Rosli Awang dilihat memangku Haliza dan melaungkan azan di telinganya. Dalam pada itu, Datuk Dr. Norhafizah Musa dan pelakon, Datin Anne Ngasri turut membantu usahawan berkenaan.
Meskipun tidak menjelaskan punca sebenar dirinya rebah ketika itu, usahawan ini seolah-olah memberi bayangan tentang kezaliman daripada seseorang di ruangan kapsyen video berkenaan.
Ketika kita dizalimi. Sabar. Tahan lisan dan perbuatan, ingat balasan Allah kepada orang-orang yang sabar.
Yakin bahawa semua yang menimpa kita adalah dari takdir yang tidak dapat kita hindari.
Tawakal. Pasrahkan semua urusan kepada Allah. Biarkan Allah sahaja yang menghukum dan membalas orang yang menyakiti dan membuat zalim terhadap kita.
Muhasabah diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan manusia.
Sibukkan diri dengan ilmu dan kegiatan yang bermanfaat.
@halizamaysuri♬ original sound – Haliza Maysuri
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Haliza juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norhafizah dan Anne kerana sudi membantunya ketika itu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.