Berkongsi rasa, pelawak sitkom Phua Chu Kang, Gurmit Singh mengakui merasa bebal dan marah kerana dilahirkan dalam keadaan miskin.
Ditemui media CNA, Gurmit berkongsi perkara berkenaan di mana ia adalah sisi peribadinya yang jarang diceritakan kepada umum terutamanya peminat.
Membesar di sebuah flat kecil di Singapura, Gurmit hanya mampu tidur di bahagian ruang tamu dengan tilam nipis serta makan harian yang sederhana.
Kami makan nasi dengan kentang dan kicap. Setahun sekali, kami pergi ke KFC untuk Deepavali. Itu seperti kemewahan bagi kami.
Ketika di sekolah, Gurmit hanya membawa wang saku sebanyak 40 sen bagi membeli minuman dan mi siam.
Enggan ketinggalan menikmati masa membesar, Gurmit menyimpan wang dengan tidak makan ketika waktu rehat.
Pada hari Jumaat, 40 sen kali lima jadi $2. Dengan itu, saya boleh beli filet o fish meal di McDonalds dan makan bersama mereka.
Saya berterima kasih kepada Tuhan kerana sekarang saya boleh makan filet o fish bila-bila masa tanpa perlu kebuluran lagi.
Berikutan pengalaman hidup yang berharga itu, Gurmit Singh tidak menyerah dalam kehidupan malah bekerja lebih keras sehingga dikenali seperti sekarang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.