September 28th, 2016

Kisah rumah tangga penyanyi Fynn Jamal dan suaminya Tri Hadzir sering menjadi tumpuan peminat beliau. Buat mereka, Fynn Jamal mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.

Malah, cerita mengenai detik perkenalan antara Fynn dan Tri melambangkan cinta sejati mereka berdua. Iyalah, mereka berkenalan secara singkat sahaja dan Tri terus melamar Fynn untuk menjadi teman hidupnya.

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 8 tahun baru-baru ini, Fynn menerusi akaun Instagramnya sempat berkongsi kisah ketika awal perkenalan mereka.

Menurut Fynn, ketika mereka berkahwin, beliau merupakan seorang wanita berkerjaya tinggi manakala Tri hanya seorang “mat despatch” yang menghantar makanan ke rumah orang.

Jom ikuti kisah mereka dibawah :-

Kali pertama aku tanya dia tentang kerjanya, dgn laju dia jawab “hantar makanan pergi rumah orang.

respon refleks aku:

okay. asal kije.

dlm hati aku– boleh ke abah terima aku, seorang lecturer, berkahwin dgn seorang mat despatch utk kedai keluarganya? Ketika itu kami belum lagi berjumpa. baru beberapa hari berkenal2, wajah dia pun aku tak tau macammana– sempat je lagi utk batalkan segalanya. tapi entahlah. jodoh kuat, barangkali– jadi.

Bagi aku, kalau pun ada alasan utk tidak meneruskan jumpa  ia bukanlah kerana kerjanya.

Aku tidak pernah ada masalah dgn jawatan. abah aku sendiri bawa bas sekolah. sambil bawa bas, dia jual2 jajan, aiskrim dan abc yg diparut sebelum memandu, diletak dlm bekas tahan sejuk– berniaga sambil memacu. itu biasa. aku sendiri berdiri di sebelah dia membantu transaksinya.

apa sahaja asal boleh tambah rezeki. apa nak malu asalkan halal?Bukan kita mencuri. Itu abah selalu kata.

Entahlah agaknya aku mmg suka lelaki kerja2 fizikal.  Aku suka melihat sabar dlm penat seorang manusia. mcm abg2 tukang kasut atau pakcik2 berkebun sayur. Aku kagum dgn orang2 rajin atas dunia. sebab aku ini jenisnya perlahan, lekas penat dan kaki mencari jalan pintas.

Aku tak ada ketetapan hati utk sabar, aku perlukan lelaki yg mampu didik aku jd sabar. Aku tak tau kenapa aku menulis tentang suamiku yang mat delivery itu haha. mungkin kerana melihat dua, tiga menjak ini dia kembali bertenggek atas motor mengusung @susujuna ke sana ke mari buat aku rasa manis merindui dia yg aku setuju nikahi itu.

8 tahun sudah.

Jarang sekali seorang lelaki mahu melamar wanita yang lebih berjaya daripada diri mereka sendiri. Namun, ini lah yang dikatakan sebagai jodoh. Pernah susah satu ketika dahulu, sekarang Fynn Jamal dan Tri Hadzir boleh dikatakan sudah hidup senang. Hehe..

Sumber Berita : Instagram Fynn Jamal


Comments are closed.

Loading...