Ketika Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Mesti Ada Disebelah. Ini Sebabnya..

Trending

Ketika Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Mesti Ada Disebelah. Ini Sebabnya..

Sakitnya melahirkan anak itu seperti separuh mati. Kenapa separuh mati? Kerana wanita bertarung nyawa untuk melahirkan satu nyawa.

Advertisement

Masa ni lah wanita memerlukan orang yang sangat penting dalam hidup mereka iaitu suami. Tapi apa suami boleh buat kalau selain ada di sisi isteri?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Sekurang-kurangnya bila suami ada disebelah kurang sedikit rasa ketakutan dan debaran melahirkan anak.

2. Motivasi
Kita perlukan seorang yang boleh memberi kita kata-kata semangat dan motivasi dalam apa jua situasi. Jadi dalam situasi ni, suami boleh usap belakang isteri dan cuba tenangkannya yang semua akan baik-baik saja.

3. Utamakan Isteri
Tak kan nak biarkan isteri bertarung nyawa sorang-sorang kan? Jadi ada di sini isteri untuk sama-sama mengharungi detik paling bermakna dalam hidup sebagai pasangan suami isteri.

4. Timbulkan keinsafan di hati suami.
Orang tak tengok tak alami tak akan faham bagaimana sukarnya seorang isteri untuk melahirkan seorang anak. Jadi bila suami ada tengok proses tu mesti timbul keinsafan dan akan lebih menghargai pengorbanan seorang isteri.

Buat kaum lelaki yang bergelar suami, jika isteri anda mengandung temanilah dia di dewan bersalin. Kalau takut darah sekalipun, cukuplah lap peluh di dahi isteri dan cuba untuk mententeramkannnya.

Sumber : Wanista, Aimi Nordin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...