Ketika Artis Bollywood Mahu Kerajaan Berperang Demi Kedaulatan Negara, Ini Pilihan Artis Pakistan Yang Mengejutkan!

Trending

Ketika Artis Bollywood Mahu Kerajaan Berperang Demi Kedaulatan Negara, Ini Pilihan Artis Pakistan Yang Mengejutkan!

Konflik dan ketegangan hubungan antara India dan Pakistan semakin hangat diperkatakan seluruh dunia.

india

Advertisement

Ia berlaku apabila Pakistan menembak jatuh dua pesawat pejuang India di kawasan genjatan senjata yang menjadi pertikaian kedua negara iaitu Kashmir.

Rata-rata menunggu penuh debaran perkhabaran terbaharu. Di media sosial, masing-masing hangat membincangkan isu tersebut.

Antara yang mendapat perhatian ialah reaksi yang dikongsikan selebriti daripada kedua-dua negara.

Rata-rata selebriti Bollywood lebih memilih agar kerajaan India bersikap tegas demi menjaga kedaulatan negara.

Antara yang dilihat melakukan perkara tersebut ialah Ajay Devgn, Salman Khan, Sanjay Dutt dan Akshay Kumar.

india

india

Namun berbeza dengan sikap selebriti ternama Pakistan, mereka lebih berminat untuk berkongsi mesej keamanan dengan menolak sebarang promosi perang yang hangat diperdebatkan.

india

india

Setakat ini, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah mengumumkan untuk membebaskan juruterbang Tentera Udara India, Komander Ambhinandan Varthaman pada Jumaat.

Ia susulan Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi memaklumkan bahawa perdana menteri sedia untuk berunding dengan rakan sejawatnya di India, Narendra Modi bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku di antara dua negara berkenaan.

Sumber Berita: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...