Baru-baru ini, perkongsian hantaran bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada di laman Instagram telah menarik perhatian netizen dan rata-rata tidak gemar melihat video yang dimuat naik itu.
‘Show-off’ badan langsing
Dapat dilihat dalam video tersebut, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu memaparkan dirinya memakai baju kebaya ‘ketat’ sambil menari di hadapan sebuah pusat membeli-belah.
View this post on Instagram
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen, tambahan pula bentuk badan ibu tunggal tersebut kelihatan sangat ramping jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.
Netizen tampil tegur
Biarpun ada yang memuji bentuk badannya yang semakin langsing, ada juga sesetengah netizen meluahkan rasa kurang senang apabila melihat Shu memakai baju kebaya yang ‘melekap’ hingga nampak dengan jelas bentuk badannya.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpesan kepada ibu tunggal itu untuk menjaga auratnya kerana tidak sesuai untuk seorang wanita berhijab berpakaian sedemikian lalu ditunjukkan kepada orang ramai.