Kemelut rumah tangga pempengaruh permotoran, Haqiem Stopa, terus mencuri perhatian apabila kakaknya tampil berkongsi beberapa tangkap layar perbualan antara mereka di TikTok Story.
Dalam mesej tersebut, Haqiem atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar memberi amaran kepada kakaknya agar tidak masuk campur dalam urusan rumah tangganya. Dakwanya, campur tangan itu menyebabkan dia tidak dibenarkan berjumpa anaknya.

Namun, kakak Haqiem meluahkan rasa kecewa apabila ditegah daripada mempertahankan adiknya sendiri.
Ketar tangan aku nak balas tapi bila fikir bila dah gila, bazir air liur sahaja. Aku tak kisah pun nak jadi apa dengan kau, asalkan kau hidup bahagia.
Dia turut mendedahkan pernah diberitahu bahawa orang luar menjumpai Haqiem di tepi jalan sambil membawa tin, sesuatu yang membuatkan dia risau dengan keadaan adiknya.
Aku cuma tak suka tengok kau sakit dan dengar orang lain jumpa kau di tepi jalan sambil membawa tin hanya disebabkan seorang perempuan.
Kakak Haqiem memaklumkan mereka sudah tidak bertegur selama tiga hari akibat konflik tersebut.

Aku dah tak bertegur dengan Haqiem sejak 3 hari lepas. Tak kisah la jadi apa pun lepas ini, aku block saja, tak sakit kepala. Kau uruskan diri sendiri, jangan libatkan adik-beradik. Anggap saja aku dah mati.
Terdahulu, Haqiem tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Aireena Sofia, pada 4 November lalu. Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka, namun Haqiem mengambil pendekatan berdiam diri.
Pasangan ini berkahwin pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
