Pihak Polis Tak Ada Hak Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Sesuka Hati

Teknologi

Pihak Polis Tak Ada Hak Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam Sesuka Hati

Hampir semua orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Kita juga mengetahui bahawa telefon bimbit adalah ‘privasi’ untuk setiap individu dan tidak boleh dicerobohi sesuka hati tanpa kebenaran pemiliknya.

Tular di media sosial apabila dikhabarkan pihak polis berhak semak telefon pintar orang awam tanpa waran dan juga secara rambang.

Advertisement

Walaubagaimanapun kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman telah disalah tafsir oleh ramai orang dan menyebabkan kekeliruan.

Untuk mengelakkan kekeliruan ini, pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.

 

Pihak polis hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit milik orang yang disyaki terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan, dan bukan orang awam secara rambang.

kenyataan

Pemerikasaan telefon bimbit tersebut hanya dilakukan apabila individu disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-undang seperti berikut:

Peranti (bukan sekadar telefon pintar) boleh disemak sekiranya individu melakukan kesalahan dilakukan di bawah akta-akta di bawah.

  1. Kanun Keseksaan (Akta 574)
    2. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
    3. Akta Hasutan 1948 (Akta 15)
    4. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)
    5.Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)
    6. Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Akta 769)

Sekiranya peranti anda disemak oleh anggota PDRM secara rambang, mereka boleh melakukan laporan polis ke balai berdekatan atau terus ke Bukit Aman untuk tindakan diambil.

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...