Ketahui Sejarah Disebalik Sumpah Laknat Yang Pernah Menggemparkan Malaysia Ini

Trending

Ketahui Sejarah Disebalik Sumpah Laknat Yang Pernah Menggemparkan Malaysia Ini

Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan sumpah laknat berhubung kes kematian seorang warga Mongolia iaitu Atlantuya. Sumpah laknat adalah sumpah sebagai seorang Muslim yang dilakukan oleh dua orang ataupun lebih untuk melaknat individu atau pihak lain di atas perbuatan tertentu.

Berdasarkan perkongsian yang ditulis oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan sumpah menggunakan Al Quran adalah dibolehkan. Tetapi mengikut syarat-syarat yang tertentu.

Advertisement

Syarat-syarat sumpah laknat

  1. Zat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Zat Allah SWT atau aku bersumpah demi Allah SWT.
  2. Nama Khas bagi Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Tuhan Penjaga seluruh alam atau demi Tuhan Pemerintah hari Kiamat atau Aku bersumpah demi Tuhan yang Maha Pemurah.
  3. Sifat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi kemuliaan Allah atau demi ilmu-Nya atau demi kehendak-Nya atau demi kekuasaan-Nya.

Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim

Pada 15 Ogos 2008, Saiful Bukhari yang merupakan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah laknat buat kali yang pertama. Sumpah laknat itu dilakukan bagi membuktikan dakwaan dia telah di aniaya Anwar untuk melakukan hubungan seksual luar tabii.

Sumpah laknat itu telah dilakukan selepas mendapat saranan daripada dua tokoh agama pada waktu itu iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Dia sekali lagi melakukan sumpah laknat buat kali kedua pada 9 April 2012 di hadapan Kaabah untuk membuktikan dakwaan itu. Walaupun pada 9 Jan 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah membebas dan melepaskan Anwar kerana tiada bukti yang kukuh.

Shazryl Eskay dan Anwar Ibrahim

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang anggota trio ‘Datuk T’ telah melakukan sumpah laknat pada 29 April 2011 berhubung video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengenai identiti sebenar pelaku video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan juga dalam paparan video berkenaan

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa adalah Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga trio berkenaan telah hadir di Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul dengan memakai baju kalis peluru di dalamnya.

Norshila Amin

Pada 4 Disember 2017, penyanyi pada era 80-an iaitu Norshila Amin telah mengangkat sumpah laknat sebanyak lima kali atas dakwaan menipu wang milik lapan orang selebriti.

Dakwaan yang diberikan oleh pelakon Lana Nordin itu berhubung sebuah festival yang diadakan di Brunei pada waktu itu. Anak perempuan kepada Norshila Amin yang juga merupakan pembantunya turut mengangkat sumpah.

Namun, sumpah laknat itu dianggap tidak sah dan kurang tepat oleh pendakwah bebas, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal mengesahkan penipuan dalam transaksi perniagaan adalah satu tindakan yang salah dalam agama dan tidak dibenarkan Islam.

Najib Razak dan Azilah Hadri

Kredit: The Star

Yang terbaru, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah pada 20 Disember 2019 berhubung kes pembunuhan Atlantuya. Kes ini kembali mendapat liputan selepas Azilah Hadri mengaku membunuh Atlantuya atas arahan Najib.

Sumpah laknat yang dilakukan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur itu adalah bagi menafikan pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia itu. Sebelum ini, Azilah telah membuat pengakuan tergempar menceritakan dengan lebih terperinci tentang kebenaran di sebalik kes itu.

Pengakuan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu telah dikongsikan pada 16 Disember lalu di mana beliau mendapat arahan untuk membunuh wanita itu daripada Najib. Untuk baca lebih lanjut, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Azilah Hadri Mengaku Bunuh Atlantuya Shaaribu Atas Arahan Bekas PM Najib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...