Ketahui Rahsia Kecantikan Wanita Korea Dengan Pusheen Si Comel Ini

Branded

Ketahui Rahsia Kecantikan Wanita Korea Dengan Pusheen Si Comel Ini

“Meow, meow, meow, meow…”

Pandai betul meow ni mainkan perasaan kita semua ya! Dah buat satu dunia menangis dengan kisah dongeng mereka, rupa-rupanya diorang nak perkenalkan kolaborasi paling COMEL abad ini!

Siapa je tak kenal watak comel kesayangan ramai iaitu Pusheen, the cat! Ha, kalau korang nak tahu Pusheen baru sahaja melancarkan kolaborasi mereka dengan jenama kecantikan Korea iaitu Glow On daripada Pink by Pure Beauty dengan reka bentuk bungkusan TERBARU!

Cerahkan Kulit Dengan 2 Bahan Ini! Selamat Digunakan & Lebih Yakin

Glow On dari Pink by Pure Beauty ialah rangkaian penjagaan wajah yang memfokuskan untuk mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit. Ia diformulasikan dengan 2 bahan pemutih yang diluluskan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea (KFDA) iaitu niacinamide dan alpha-bisabolol semulajadi.

Siri Glow On, Pink By Pure Beauty ini juga dilengkapi dengan Aura Bloom Complex yang dapat memberikan hidrasi yang maksimun dengan menggunakan 3 estrak bunga iaitu, rose, peach blossom, dan sakura.

Ha, korang nak tengok tak design terbaru siri Glow On, Pink by Pure Beauty ni? Jom kami tunjukkan 4 produk yang menggunakan reka bentuk Pusheen, the cat.

Pusheen X Glow On, Pink by Pure Beauty

Glow On Cleansing Cream

Pusheen

Terasa lebih lembut di wajah, Glow On Cleansing Cream mampu membersihkan dan membuang kotoran. Ia juga dapat mengembalikan penghalang kelembapan semulajadi kulit korang tau!

Glow On Peeling Toner

Pusheen

Bertindak sebagai exfoliator, Glow On Peeling Toner mempunyai tekstur yang lebih ringan dan mudah menyerap. Ia juga boleh menanggalkan sel kulit mati dan kotoran dengan lembut!

Glow On Pudding Cream

Pusheen

Tekstur yang lembut seperti puding ini memberi peluang untuk ia lebih mudah menyerap ke dalam kulit, Glow On Pudding Cream mampu memberikan kesan kulit yang lebih licin dan gebu seperti masih remaja!

Glow On Intensive Serum

Pusheen

Glow On Intensive Serum ini mempunyai mugwort sebagai bahan utama yang dapat memberikan kelembapan pada kulit. Ia juga dapat mengimbangi dan meningkatkan kesihatan kulit serta-merta tau!

Comel kan ke semua design siri Glow On, Pink by Pure Beauty X Pusheen, the cat ni. Kalau korang nak tahu selain 4 produk ini, siri Glow On juga mempunyai 2 produk yang cukup menarik!

Glow On Blur Cream

Pusheen

Korang nak make up on point? Inilah rahsianya, Glow On Blur Cream yang dapat sekatakan tona kulit dan menutup pori-pori dengan SEGERA!

 

Glow On Eye Roll-On

Pusheen

Menghilangkan kedutan dan garis halus di kawasan mata, Glow On Eye Roll-On boleh memberikan kesan yang lebih cerah dan kelihatan lebih MUDA!

Rasai Keajaiban Siri Glow On, Pink by Pure Beauty & Berpeluang Menangi Hadiah Menarik!

Pusheen

Bagi korang yang berminat nak rasai sendiri keajaiban siri Glow On, Pink by Pure Beauty ni dan dapatkan rekaan terbaru Pusheen, the cat jom datang ke Watsons yang terpilih dan anda berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik!

Watsons Pavilion Bukit Jalil: 10-11 Ogos

Watsons Mid Valley: 17-18 Ogos

Watsons One Utama: 24-25 Ogos

Watsons Sunway Pyramid: 31 Ogos – 1 September

Selain itu, bagi sesiapa yang membeli produk PINK by Pure Beauty atau Pure Beauty bernilai RM30 dan ke atas bermula 30 Julai sehingga 30 Oktober, korang akan mendapatkan 1 e-Stamp.

Psst! Pastikan korang tebus dan kumpul semua e-Stamp tau! Korang boleh tebus 2 e-Stamp dan dapatkan Bye Bye Pore Serum dengan hanya RM25 (harga asal RM65.90)!

Ha, tunggu apa lagi? Jom dapatkan kolaborasi Pusheen, the cat dan siri Glow On, Pink by Pure Beauty X sekarang di Watsons terdekat atau layari laman web rasmi Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial di Instagram dan Facebook.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...