Ketahui Lima Fakta Menarik Tentang ‘Roller Coaster’ Di Luar Negara Bagi Penggemar Kelajuan

Travel

Ketahui Lima Fakta Menarik Tentang ‘Roller Coaster’ Di Luar Negara Bagi Penggemar Kelajuan

Apabila menyebut mengenai roller coaster pastinya terbayang di fikiran kita mengenai permainan yang mempunyai kombinasi ketinggian dan kelajuan. Permainan jenis ‘ride’ ini akan menguji tahap adrenalin dan degupan jantung anda. Seiring dengan teknologi terkini, kebanyakan negara seperti berlumba-lumba untuk muncul sebagai pencipta roller coaster yang paling unik dan menyeronokkan.

Berdasarkan rekod yang tercatat dalam Guinness World Record, terdapat lima kategori yang membezakan jenis roller coaster di serata dunia. Setiap negara yang mempunyai roller coaster menawarkan pelbagai kelebihan yang tersendiri.

Advertisement

China mempunyai roller coaster terbanyak di dunia

roller coaster

Ramai juga yang menganggap juara roller coaster terbanyak jatuh kepada Amerika Syarikat namun fakta ini tidak benar. China mempunyai bilangan roller coaster terbanyak iaitu 824 berbanding Amerika Syarikat yang hanya mempunyai 659. Tempat ketiga disandang oleh negara Jepun dengan jumlah 214 roller coaster. Ini menjadikan China muncul sebagai negara yang paling banyak mencipta roller coaster.

Dubai mencipta roller coaster sepantas kilat

Ferrari World

Roller coaster yang terletak di Ferrari World, Abu Dhabi ialah roller coaster yang terpantas di dunia. Kepantasan yang dicipta boleh mencapai kelajuan 149.1mph dalam masa 4.9 saat. Penggemar roller coaster rasanya pasti menjadikan tempat ini sebagai antara wishlist mereka.

California mempunyai gelung roller coaster paling besar

roller coaster

Roller coaster yang diberi nama Full Throttle terletak di Six Flags Magic Mountain, California ini memegang rekod gelung roller coaster terbesar di dunia. Ketinggian gelung ini berukuran 127 kaki di mana ketinggian ini hampir setanding dengan ketinggian patung Liberty di Amerika Syarikat.

Jepun mencipta roller coaster paling panjang di dunia

roller coaster

Taman tema Nagashima Spa Land di Jepun dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2000 lagi. Roller coaster Steel Dragon 2000 secara rasminya telah mengungguli juara sebagai roller coaster terpanjang di dunia.

Roller coaster ini mempunyai track sejauh 2479 meter. Mungkin anda boleh bayangkan betapa luasnya taman tema ini sehingga boleh menempatkan trek roller coaster sejauh ini.

Amerika Syarikat mempunyai roller coaster terbanyak di dalam satu taman tema

taman tema roller coaster

Sekali lagi Six Flags Magic Mountain, California mencipta sejarah dengan mempunyai roller coaster paling banyak di dalam satu taman tema. Jumlah roller coaster yang dimiliki di taman tema ini ialah sebanyak 19 buah yang boleh dicuba oleh pengunjung. Rasanya tidak cukup seharian berada di taman tema ini untuk mencuba kesemua roller coaster yang ada.

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anda yang sangat gemarkan aktiviti mencabar seperti ini boleh membuat pelbagai rujukan dan pencarian dalam internet. Selepas keadaan kembali reda, anda boleh meneruskan penerokaan dunia luar seperti biasa.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...