Ketahui Lima Aplikasi Membeli Barang Dapur Dalam Talian Untuk Elakkan Diri Berada Di Kawasan Awam

Kehidupan

Ketahui Lima Aplikasi Membeli Barang Dapur Dalam Talian Untuk Elakkan Diri Berada Di Kawasan Awam

Ketika Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan untuk menghadkan masa bersosial di tempat awam dan menjaga jarak antara orang ramai (social distancing) akibat wabak Covid-19 yang semakin menular, rakyat Malaysia dipanikkan dengan pelbagai spekulasi yang tidak sahih tentang penularan wabak ini.

Kesannya, orang ramai mula berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli bekalan makanan untuk dijadikan stok di rumah. Mereka panik memikirkan stok bekalan makanan segar dan barangan harian sekiranya berlaku proses lockdown. Ada juga di antara mereka yang membawa anak-anak kecil ke pasaraya dan ini mendedahkan mereka kepada persekitaran yang kurang sihat.

Advertisement

Jadi di sini kami kongsikan beberapa aplikasi untuk pembelian barangan dapur dan keperluan harian dalam talian yang boleh terus dihantar hingga ke pintu rumah anda.

Tecso Online 

aplikasi tesco online

Rasanya ramai yang dah tahu tentang aplikasi perkhidmatan Tesco Online ini. Memang mudah kalau nak beli barangan segar contohnya sayur, ikan, ayam, roti, rempah ratus semuanya ada. Macam kita pergi Tesco jugalah.

Tesco Online ni cover kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Penang, Seremban, Ipoh dan Melaka. Kita boleh pilih slot penghantaran bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kalau slot tu dah penuh, sedikit masa akan diambil untuk barangan anda sampai.

Caj penghantaran bergantung pada kawasan rumah kita dan caj servis dikenakan bergantung kepada waktu slot penghantaran yang kita pilih. Biasanya kalau kita pilih waktu yang bukan peak-hour, cajnya lebih rendah berbanding waktu yang sibuk.

HappyFresh 

aplikasi Happy Fresh

Aplikasi ini membolehkan kita memilih untuk pembelian barangan samada di Cold Storage, Tesco atau Giant. Anda boleh muat turun aplikasi HappyFresh pada Appstore dan Google Playstore. Pengguna boleh memilih untuk melakukan bayaran secara tunai, debit mahupun kredit.

HappyFresh adalah syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang turut beroperasi di bandar-bandar utama di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand. Anda boleh lihat promosi dan kemas kini terkini menerusi Facebok Page HappyFresh Malaysia.

Jaya Grocer

aplikasi Jaya Grocer

Pengguna yang berada di kawasan Lembah Klang boleh menggunakan aplikasi Jaya Grocer untuk membeli pelbagai sayuran dan tanaman organik.

Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran bermusim tempatan, Jaya Grocer terkenal dengan buah-buahan yang sukar untuk didapati di pasaraya biasa seperti aprikot, blueberi, strawberi dan raspberi.

Anda juga boleh dapatkan bekalan ikan tempatan, daging import sejuk beku dari Australia, makanan organik dan bebas gluten bagi yang mementingkan makanan yang sihat dan seimbang.

Bungkusit 

aplikasi bungkusit

Bungkusit ini ialah aplikasi perkhidmatan yang boleh dikatakan lebih kurang seperti runner. Aplikasi ini bukan sekadar membolehkan kita membeli barangan dapur, malah boleh juga menghantar pesanan makanan dari restoran, warung mahupun gerai (asalkan masih berada didalam kawasan liputan).

Yang lebih menarik, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk menghantar atau mengambil bungkusan selain makanan. Buat masa ini, Bungkusit sudah memperluaskan perkhidmatan mereka di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Red Tick 

website Red Tick

Aplikasi ini dilancarkan sejak tahun 2010, RedTick juga antara servis penghantaran makanan yang mula mendapat kepercayaan dan telah mula digunakan oleh ramai pengguna di sekitar Lembah Klang.

Bagi yang berada di luar kawasan Lembah Klang, anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan makanan kering, barangan kesihatan dan kecantikan yang boleh dibeli dengan pelbagai promosi mingguan serta bulanan melalui laman web Red Tick.

Walaupun terdapat banyak cara untuk membeli barangan dapur dan keperluan harian secara dalam talian, anda perlu memeriksa terlebih dahulu sama ada kawasan kediaman anda berada dalam liputan penghantaran ataupun tidak.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...