Ketahui Kisah Sebenar Disebalik ‘The Dancing Coffin’, Enam Penari Keranda Yang Tular Di Media Sosial

Trending

Ketahui Kisah Sebenar Disebalik ‘The Dancing Coffin’, Enam Penari Keranda Yang Tular Di Media Sosial

Tempoh kuarantin di beberapa negara sejak kebelakangan ini menyebabkan masyarakat dunia menjadi terlebih kreatif. Masa yang terluang digunakan untuk mencuba pelbagai hobi dan ‘skill’ baru. Hasil daripada itu pastinya ingin dikongsikan kepada teman-teman di media sosial. Tidak kurang juga pelbagai video dan gambar lucu dikongsi sebagai hiburan mengisi kebosanan.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter sebuah video yang dikira sebagai dark humor menjadi fenomena yang pantas diketahui oleh orang ramai. Video ini juga banyak dijadikan meme sebagai peringatan ‘halus’ untuk mematuhi arahan kuarantin di rumah.

Advertisement

Pada anda yang sudah mengetahui The Dancing Coffin yang sedang hangat di media sosial sekarang ini, pastinya anda ingin mengetahui siapakah enam lelaki yang menari di sebelah keranda ini. Sebenarnya video ini mula viral apabila masyarakat di Ghana membayar penari ini untuk mempersembahkan tarian ketika majlis pemakaman orang yang meninggal.

The Dacing Coffin

Tentu sekali budaya ini jauh berbeza dengan budaya masyarakat negara ini yang lebih menghormati si mati dan turut berkongsi kesedihan dengan keluarga si mati. Namun, penduduk di negara Afrika Barat majoritinya beragama Kristian dan semakin lama penerimaan menari di sebelah keranda ini makin diterima oleh masyarakat tersebut.

Benjamin Aidoo selaku pengasas The Dancing Coffin telah memperkenalkan perkhidmatan ini sejak 10 tahun yang lalu. Konsep yang ingin dibawa olehnya mudah, untuk menghiburkan keluarga yang sedang bersedih kerana kehilangan seseorang. Benjamin juga tidak mahu suasana di tempat pengebumian menjadi terlalu suram dan ramai yang meratapi pemergian orang yang sudah tiada.

The Dancing Coffin

Tarian ini pada awalnya bukanlah adat atau tradisi masyarakat Ghana yang diwarisi. Ini sekadar trend yang dibuat untuk menghilangkan rasa takut dan sedih dalam kalangan mereka yang menghadiri proses pemakaman sehingga selesai.

Menerusi video yang ditonton, pemakaian penari tidak lagi mengenakan warna hitam yang sinonim dengan warna berkabung ketika berlaku kematian. Terdapat juga penari yang memakai warna hijau dan putih. Ini semua bergantung kepada permintaan pelanggan. Justeru, warna yang berbeza akan membezakan bayaran yang akan dikenakan.

The Dancing Coffin

Perkara ini dilihat lucu oleh kebanyakkan semua orang, namun niat asal Benjamin Aidoo ialah untuk mengurangkan kesedihan keluarga dan kenalan terdekat si mati. Ia adalah usaha yang telah menyentuh perasaan ramai orang.

Meme tarian keranda kini tular sebagai bahan jenaka untuk masyarakat memberi kesedaran untuk duduk di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sebelum maut menjemput atau kematian anda mungkin akan dirai dengan tarian keranda seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...