Ketahui Cara Memilih Shade Foundation Yang Sesuai Mengikut Tona Kulit Anda

Hiburan

Ketahui Cara Memilih Shade Foundation Yang Sesuai Mengikut Tona Kulit Anda

Pastinya anda seringkali mengalami masalah untuk memilih shade yang sesuai untuk foundation anda. Lagi-lagi untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba foundation baru dari jenama yang tidak pernah anda cuba. Kalau salah pilih shade memang akan mengundang masalah. Silap-silap boleh nampak kelabu muka anda nanti.

Pemilihan Shade Foundation

Advertisement

Bagi mereka yang baru ingin belajar untuk memakai mekap atau kurang familiar dengan mekap pastinya ini adalah masalah pertama yang anda akan tempuhi. Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation menawarkan 25 shades yang boleh anda pilih mengikut tona kulit anda. Jadi anda tak perlu risau lagi kerana terdapat banyak pilihan disediakan.

Jadi untuk memastikan anda memilih shade yang sesuai dengan tona kulit, mari ikuti tips yang kami sediakan ini.

  • Kenali tona kulit anda

Sebelum apa-apa, penting untuk anda kenali tona kulit anda terlebih dahulu. Kalau tak tahu, macam mana nak pilih shade foundation kan? Antara cara yang mudah ialah periksa warna urat pada tangan anda.

Sebagai contoh, jika urat anda nampak kebiruan anda tergolong dalam kumpulan tona kulit cerah Cool. Untuk urat yang nampak kehijauan adalah kumpulan tona kulit Warm manakala jika urat nampak seperti warna ungu, tona kulit anda ialah Neutral.

periksa warna urat pada tangan pilih shade foundation

Tips:

Cool

Foundation biasanya kelihatan bewarna seakan-akan merah jambu di dalam botol. Elakkan foundation berwarna kekuningan kerana anda akan nampak pucat jika memakainya. Contoh: Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation 115 Ivory.
Foundation cool seakan warna merah-merah jambu

Warm

Pilih foundation yang nampak sedikit kekuningan kerana ianya adalah shade yang sesuai untuk anda. Contoh: Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation 122 Creamy Beige.
Warna sedikit kekuningan

Neutral

Foundation gabungan warna kuning dan pink adalah shade yang bersesuaian untuk tona kulit ini. Disarankan anda memilih foundation yang seakan warna peach untuk tona kulit anda. Contoh: Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation 225 Pure Beige.
gabungan warna kuning dan pink

  • Calit foundation pada wajah

Biasanya kalau nak pilih shade foundation, ramai yang akan melakukan kesalahan dengan mencalit sample foundation pada tangan sahaja. Tetapi ini sebenarnya adalah cara yang salah sebab tona kulit muka dan tangan tidak sama.

Walaupun kedengaran agak leceh tapi cara yang betul adalah dengan mencalit sample foundation pada muka. Barulah anda tahu shade itu sesuai ataupun tidak.

calit foundation pada muka buka tangan

  • Elakkan pemilihan shade lebih cerah dari tona kulit

Untuk mereka yang berkulit sedikit gelap, elakkan daripada memilih shade lebih cerah daripada tona kulit kerana wajah anda akan nampak kelabu. Sebaliknya, pilih shade mengikut warna kulit anda untuk tampak ‘flawless’.

  • Biarkan seketika foundation pada wajah

Selepas anda mencalit foundation pada wajah, biarkan ianya seketika dan jangan terburu-buru membuat keputusan. Jangan lihat cermin pada jarak yang dekat sebaliknya letak sedikit jarak diantara anda dan cermin untuk melihat dari jauh. Kalau tengok dari dekat, semua shade yang anda cuba akan nampak sama saja pada mata anda.

  • Nama shade tidak melambangkan kesesuaian

Ini adalah tips yang sangat penting! Tidak semua nama shade adalah sesuai dengan tona kulit anda. Contohnya, untuk shade Beige bukan semua yang berkulit cerah sesuai memakainya. Kena cuba dahulu baru tahu.

  • Cuba foundation pada wajah tanpa mekap

Cara yang terbaik untuk mencari shade foundation adalah dengan mencubanya pada wajah tanpa mekap. Jika anda mencalit foundation pada wajah yang bermekap, agak sukar untuk pastikan shade itu bersesuaian dengan tona kulit anda. Ikut tona kulit sebenar anda ya! Bukan tona muka yang ada foundation.

  • Blend foundation

Jika masih ragu-ragu ketika memilih shade yang sesuai, anda boleh blend foundation tersebut untuk melihat ianya sekata pada kulit. Ratakan bermula dari bawah hingga ke atas dan lihat perbezaannya dengan tona kulit anda.

  • Susun foundation secara menyebelah

Ketika anda mencalit muka dengan foundation, calitkan secara sebelah menyebelah untuk menyenangkan anda membuat perbezaan shade yang mana lebih cerah atau gelap. Cara ini terbukti lebih senang untuk anda membuat perbandingan shade yang sesuai.
susun foundation secara sebelah menyebelah

Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation tampil dengan 25 jenis shade!

Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation tampil dengan 25 jenis shade di pasaran Malaysia. Jadi tak susahlah untuk anda membuat pilihan mengikut warna kulit masing-masing.

Fit Me ada 25 shades

Ini dapat memudahkan anda semua membuat pilihan warna yang sesuai dengan warna kulit anda. Jadi, tak ada alasan lagi untuk anda berkata ‘tak ada shade yang sesuai’ untuk anda. Selain itu juga, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation ini dari jenis liquid dan ia mempunyai tekstur yang ringan dan cair. Ini sekaligus memberikan rasa selesa pada wajah walaupun digunakan sepanjang hari.

Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation ini dari jenis liquid

Fit Me adalah liquid dan ia mempunyai tekstur yang ringan dan cair

Yang best sekali, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation sangatlah buildable. Bermakna anda boleh tambah dua tiga lapisan tanpa risau mekap anda menjadi cakey. Oleh kerana tekstur yang ringan, mekap anda tak akan terasa heavy jika ditambah beberapa lapisan.
Tambah dua tiga lapisan tanpa risau mekap anda menjadi cakey

Bukan itu sahaja, Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation ini juga dapat memberikan hasil matte yang kekal sepanjang hari. Walaupun ianya matte, mekap anda takkan nampak kering kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit dari yang normal sehingga yang berminyak.
Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation untuk mekap nampak cantik dengan harga yang sangat berbaloi

Apalagi tak payah pening-pening lagi nak fikir foundation apa yang sesuai untuk anda. Cubalah Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation untuk mekap nampak cantik dengan harga yang sangat berbaloi.

Anda boleh dapatkannya di mana-mana drugstore berhampiran anda atau secara atas talian. Jika nak tahu lebih lanjut tentang produk Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation klik sahaja link ini https://www.maybelline.com.my/.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...