Ketahui Cara Daftar Vaksin Covid-19 Melalui MySejahtera

COVID-19

Ketahui Cara Daftar Vaksin Covid-19 Melalui MySejahtera

Umum mengetahui vaksin Covid-19 telah pun mendarat di Malaysia pada 21 Februari lepas dan pemberian vaksin ini akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia mengikut fasa.

Oleh itu, bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 ialah dengan mengemaskini aplikasi MySejahtera.

Advertisement

Seorang pengguna Twitter juga membuat perkongsian bagaimana cara untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19.

  1. Pengguna perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera. Setelah itu, pengguna perlu pilih ‘Covid-19 vaccination’ seperti yang tertera pada gambar.
  2.  Pengguna perlu tekan pada bahagian atas sesuai dengan nama yang didaftarkan di aplikasi MySejahtera. Semak data peribadi anda, pastikan ianya betul dan sahkan.
  3.  Setelah membuat pengesahan, pengguna perlu menekan ‘next’ untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan di dalam aplikasi berkenaan


Demikian cara-cara yang boleh dilakukan bagi sesiapa yang ingin mendaftar vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Kesemua pengguna smartphone tak kira iOS mahupun android boleh membuat pendaftaran melalui aplikasi ini.

Selamat mencuba!

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...