Hampir setiap hari orang akan menggunakan keyboard untuk aktiviti seharian tidak kira menerusi komputer, laptop mahupun telefon bimbit. Bagi yang sering menggunakannya, pasti sudah terbiasa dengan susunan huruf di atas keyboard dan lancar untuk menaip.
Namun, korang pernah tak terfikir kenapa huruf-huruf ini tidak disusun mengikut abjad seperti ABCDE tetapi disusun seperti sekarang iaitu QWERTY.
Keyboard pada awalnya dicipta dalam bentuk mesin taip atau typewriter pada tahun 1868 dengan kedudukan susunan huruf seperti biasa iaitu ABCD.
Dengan susunan huruf seperti ini, mereka yang menggunakan mesin taip pada ketika itu begitu mudah dan lancar sehingga berlaku sedikit kerosakan pada mesin taip yang digunakan.
Untuk mengatasi masalah ini, Christopher Latham Sholes yang merupakan pencipta mesin taip mengambil inisiatif untuk mengubah susunan huruf-huruf di atas mesin taip. Ini bagi mengelakkan orang ramai menaip dengan lebih pantas dan tangkai-tangkai besi pada mesin taip tidak akan tersangkut saat menggunakannya.
Maka, terciptalah satu keyboard dengan susunan huruf QWERTY walaupun pada awalnya para ilmuwan mengkaji bahawa susunan ini agak memberi sedikit kesukaran untuk menaip namun ianya dapat mengurangkan kerosakan pada mesin taip.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang masih belum terbiasa dengan susunan keyboard seperti ini, maka terciptalah pelbagai jenis keyboard dan salah satunya ialah keyboard dengan susunan huruf AOEUIDHTNS.
Keyboard ini dicipta dengan berpendapat bahawa susunan lima huruf vokal dan lima huruf konsonan dalam satu baris memudahkan pengguna untuk menggunakannya.
Namun, keyboard QWERTY lebih gemar digunakan oleh masyarakat sehingga ia masih dihasilkan sehingga ke hari ini. Walaupun pada hakikatnya sudah jarang menemukan pengguna untuk menggunakan mesin taip pada masa sekarang.
Sumber : JadiSejarawan, Indoworx