Kalau bercerita tentang pindah rumah mesti semua pernah mengalaminya. Ada macam-macam faktor yang menyebabkan seseorang itu memilih untuk berpindah rumah seperti faktor kerja atau berkahwin dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda pada zaman dahulu berpindah rumah maksudnya anda memindahkan sendiri rumah itu ke lokasi yang lain?
Walaupun kedengaran agak mustahil tetapi itulah yang berlaku pada zaman dahulu. Malah kini masih ada lagi segelintir masyarakat yang melakukannya.
bila bosan rumah menghadap tempat yang sama, so buat perubahan sikit hshshshshs wth is this realll??!! pic.twitter.com/RMhblq3R8P
— ????? (@nsjzhr) July 29, 2019
Tetapi sudah tentu rumah yang boleh dipindahkan ini adalah rumah yang diperbuat daripada papan dan bertiang sahaja. Kalau rumah batu macam mana agaknya nak angkat tu?
Tradisi berpindah rumah atau lebih dikenali sebagai mengusung rumah dilakukan secara beramai-ramai oleh orang kampung untuk membantu tuan rumah berpindah. Amalan ini sememangnya memerlukan tenaga kerja yang ramai kerana ianya bukan lah satu kerja yang senang.
Aktiviti mengusung rumah ini akan diketuai oleh individu yang dipanggil ‘tekong’ yang akan memberi arahan kepada kumpulan pengusung ini. Tugas ‘tekong’ sangat penting dalam menunjuk arah dan memastikan tiada halangan seperti pokok, batu atau bonggol untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Sebarang perabot dan barang di dalam rumah juga perlu dikosongkan supaya tidak menambahkan beban untuk mengangkatnya.
Kebiasaannya selepas aktiviti mengusung rumah, tuan rumah akan menjamu mereka yang membantu dengan sedikit jamuan ringan. Ini juga sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang membantu.
Menarik juga kan aktiviti macam ini? Bukan sahaja dapat memupuk sikap tolong menolong sesama jiran tetapi juga mengeratkan silaturahim dalam masyarakat.
Sumber: Orang Perak