Ketahui 4 Penyebab Kulit Kering & Cara Mudah Nak Mengatasinya!

Branded

Ketahui 4 Penyebab Kulit Kering & Cara Mudah Nak Mengatasinya!

Bila bangun saja dari tidur, terus rasa tak bersemangat. Bukan sebab kena pergi kerja, tapi sebab kulit terasa sangat kering sampai nampak kesan rekahan. 

Kadang-kadang tu, bila cuaca terlampau panas, kulit akan jadi pedih dan gatal-gatal. Bila garu, mulalah merekah dan bersisik. Apa nak buat ni? 

Sebelum mencari solusi, anda perlu fahami apakah penyumbang kepada berlakunya kulit kering. Jom kami kongsikan! 

Terdedah Dengan Cuaca Kering

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan salah satu negara beriklim tropika yang mana perubahan cuaca seringkali berlaku dan akan menyebabkan kelembapan udara terjejas. 

Apabila udara menjadi sejuk, paras kelembapan kebiasaanya akan berkurangan dan akan membuatkan cuaca persekitaran menjadi kering. 

Jadi, kalau kita terdedah terlalu lama dengan persekitaran sedemikian, ia akan membuatkan kulit kita bertambah kering. 

Kerap Mandi Air Panas

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Siapa dekat sini selalu mandi guna air panas? Haa, ini pun salah satu punca penyumbang kepada kulit kering tau! 

Anda tahu tak, mandian air panas akan menyebabkan liang pori terbuka dan minyak yang terbentuk secara semula jadi dalam kulit akan terhakis. Sebab tu lah bila lepas mandi air panas, kulit akan terus menjadi kering. 

Kurang Minum Air

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Haa, perkara ni sangat common tapi ramai yang buat endah tak endah, padahal hanya perlu minum saja! Tapi, bila sebut pasal air manisan, laju je semua nak cuba!

Seperti yang anda tahu, air merupakan sumber penting kepada hidrasi. Jadi, bayangkan anda hidup tanpa air, apa yang akan jadi? Anda kehausan betul? Haa, itulah yang akan terjadi pada kulit!

Duduk Di Tempat Yang Bersuhu Dingin

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Bila kita keluar pergi mana-mana, mesti kita akan cari tempat yang menyediakan penghawa dingin betul tak? Maklumlah, kita kalau boleh nak mementingkan keselesaan untuk diri sendiri. 

Kalau anda nak tahu, tempat yang bersuhu dingin ini pun punca kepada penyumbang kulit kering tau! 

Perasan tak kalau kita duduk di pejabat atau pusat beli belah, mesti kulit kita akan ada kesan merekah? Haa, ia terjadi disebabkan minyak yang dihasilkan secara natural oleh kulit telah mengering. 

Wah, banyak juga kan penyumbang berlakunya kulit kering? Secara tak sedar, hampir kesemua faktor ini kita pernah buat dalam rutin harian kita. Jadi, apa solusi terbaik?

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer Penyelamat Kulit Kering

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Kalau tanya kami, semestinya pelembap Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer! Tak disangkal lagi, pelembap ini telah berjaya menambat hati ramai pengguna dengan memberikan keberkesanan yang optimum terhadap kulit tau! 

Apa yang menarik dengan pelembap ini adalah  bahan yang digunakan telah diluluskan secara klinikal serta mampu memberikan kelembapan pada kulit selama 72 jam tau. Wow, bagusnya! 

Antara bahan yang menjadi komponen utama Faktor Kelembapan Semulajadi(NMF*) yang terkandung dalam pelembap ini adalah Asid Hyaluronik, Elektrolit dan 9 jenis Asid Amino.

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Fungsi Asid Hyaluronik pada kulit adalah ia bertindak membantu mengekalkan air pada kulit supaya penghidratan dapat kekal berpanjangan. 

Untuk Asid Amino pula, ia membantu menyokong dan menguatkan penghalang kulit, manakala Elektrolit pula berfungsi untuk meningkatkan penyerapan bahan ke dalam kulit. 

Dengan bahan yang digunakan, Neutrogena Hydro Boost Water Gel ini dapat memberikan 5X lebih penghidratan dan 80% agen penghalang kulit yang lebih kuat, menjadikan kulit lebih gebu berseri!

Jadi, kalau anda menginginkan kulit yang lembap berpanjangan, anda perlu menggunakan pelembap Neutrogen Hydro Boost Water Gel Moisturizer ini 2 kali sehari setiap kali lepas cucian tau. Barulah kulit anda segar! 

Bukan itu saja, disebabkan pelembap ini bersaiz kecil, ianya mudah untuk dibawa kemana saja anda pergi tau. Jadi, tiada sebablah untuk anda dapat kulit kering tak kira tempat dan masa! Bagusnya!

*NMF merupakan faktor penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan ia akan berkurangan mengikut usia serta tahap pendedahan kepada persekitaran luar. 

Alami Kulit Yang Lembap Dan Gebu Dengan Neutrogena!

Wah, lepas tahu betapa banyaknya manfaat Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer ni, terasa nak beli terus semua produk dalam rangkaian! Maklumlah, nak cari yang betul-betul kena dengan kulit ni susah! 

Kalau anda nak tahu, selain daripada memastikan kulit anda sentiasa sihat, Neutrogena juga mahu mempromosikan sayangi planet kita! 

Untuk pengetahuan, mereka hadir dengan balang gel air yang diperbuat dengan kuantiti plastik yang lebih rendah(19% lebih rendah plastik berbanding balang gel air yang lama). 

Manakala, untuk pod isian semula pula diperbuat daripada 89% lebih rendah plastik, menjadikan seiring dengan matlamat Neutrogena yang mahu memberikan anda kulit yang lebih sihat serta planet yang lebih sihat! Bagusnya!!

Lagi best, Neutrogena hadir dengan pod isian semula yang pertama dalam rangkaian mereka tau, anda siap boleh jimat 20% kalau dapatkan pek bundle yang mereka tawarkan!

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Kalau anda berminat untuk cuba sendiri rangkaian Neutrogena Hydro Boost, anda boleh dapatkan di farmasi Guardian berdekatan atau secara Guardian atas talian.

Neutrogena Hydro Boost Water Gel Moisturizer

Chop, kalau anda beli di Guardian, anda boleh nikmati potongan harga sehingga 10% untuk semua item dalam rangkaian Neutrogena Hydro Boost Water Gel, potongan harga 15% untuk semua Deep Cleanser 100g untuk sebarang varian. Jadi, cepat rebut peluang ini sekarang!

Cepat, hasut kawan-kawan, mak serta keluarga korang untuk dapatkan rangkaian produk Neutrogena ni sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Neutrogena atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...