Ketagihan Kopi? Ini Kesan Buruk Pengambilan Kafein Berlebihan Kepada Wanita

Gaya Hidup

Ketagihan Kopi? Ini Kesan Buruk Pengambilan Kafein Berlebihan Kepada Wanita

Pastinya kebanyakan kita akan memulakan hari tidak kiralah bagi yang bekerja atau suri rumah dengan secawan kopi. Malah, ada juga yang sanggup berhabis ratusan ringgit bagi membeli artisan kopi kerana rasanya yang sedap dan membuatkan anda cerah biji mata dan bertenaga, kan?

Namun begitu, tahukah anda, pengambilan kafein secara berlebih terutamanya golongan wanita akan memudaratkan kesihatan dari segi penjagaan wanita dan sebagainya.

Advertisement
KopiSumber : Google  

Jom kita ketahui apakah keburukan wanita yang mengambil kafein secara berlebihan!

1.Masalah Kesuburan

Beberapa kajian telah menunjukkan wanita yang meminum kafein secara melampau dapat mengurangkan peluang untuk hamil sehingga 72%

Malah, minum lebih dari satu cawan setiap hari juga membuatkan peratusan ketidaksuburan wanita meningkat sebanyak 50%.

Ini kerana kafein dapat menjejaskan metabolisme dan meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan.

2. Meningkatkan risiko keguguran

Pengambilan kafein berlebihan dapat menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin sekaligus berisiko untuk gugur di kemudian hari.

KeguguranSumber : Google  

Kafein terbukti dapat menyebabkan saluran darah mengecut dan mengurangkan pengaliran darah ke uri seterusnya mengurangkan bekalan oksigen serta nutrien kepada bayi.

3. Gejala Menopause

Setiap wanita pastinya akan mengalami gejala menopause dalam hidup mereka, bergantung sama ada cepat atau lambat.

MenopauseSumber : Google  

Pengambilan kafein berlebihan dipercayai dapat membuatkan wanita yang mengalami gejala menopause ini sukar untuk tidur, keletihan, kerap sakit kepala dan hot flashes di mana kulit akan menjadi kemerah-merahan selain mengeluarkan peluh secara berlebihan.

4. Kerap Buang Air Kecil

Gejala ini akan kerap terjadi buat ibu-ibu hamil kerana kandungan kafein dalam tubuh badan yang tinggi sekaligus menyebabkan badan kekurangan cecair dan dehidrasi.

Minuman berkafein dapat menambahkan jumlah garam dan air yang berlebihan dalam urine dan ia akan dibuang melalui cara kencing.

Jadi, kurangkan lah pengambilan kafein bagi memiliki tubuh badan dan kesihatan yang lebih sihat terutamanya buat para ibu hamil.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Twitter
1 year ago

“Solat Dengan Cara Ini..” - Susah Nak Beribadat Ketika Jaga Anak Kecil Di Hospital? Ini Penyelesaiannya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...