Ketagih Permainan Video Diklasifikasikan Sebagai Sakit Mental – WHO

Trending

Ketagih Permainan Video Diklasifikasikan Sebagai Sakit Mental – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi ketagihan bermain permainan video sebagai masalah kesihatan mental pada tahun 2018 kelak.

Advertisement

Dalam kemaskini WHO terkini dalam Klasifikasi Penyakit Kebangsaan (ICD) menerusi drafnya yang ke-11, ketagihan permainan video telah termasuk dalam kategori mental, tingkah laku atau neurodevelopmental (dikenali sebagai gangguan perkembangan).

Menurut laporan agensi berita China, Xinhua, untuk mengenalpasti dan mendiagnosis penyakit ini, seseorang itu sukar atau gagal mengawal sifatnya ke atas permainan tersebut sekaligus memberikan keutamaan kepada permainan video berbanding perkara lain.

Corak tingkah laku demikian adalah tahap kritikal yang cukup untuk menunjukkan kemerosotan ketara dalam kehidupan peribadi, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan atau perkara-perkara lain yang berkaitan.

Dalam pada itu, ICD telah digunakan oleh pakar kesihataan sedunia dan berfungsi sebagai piawai antarabangsa untuk menentukan keadaan kesihatan dan penyakit.

Kematian secara mengejut dan gejala fizikal dapat dikaitkan kepada permainan atas talian telah meningkat dalam tahun sebelumnya.

Pada tahun 2014, seorang wanita berusia 27 tahun telah dilaporkan mati secara mengejut selepas bermain permainan video tanpa henti selama 10 jam.

Manakala pada tahun 2015, remaja lelaki berusia 17 tahun telah dihantar ke wad kecemasan dan meninggal di hospital selepas terjatuh koma ketika bermain permainan video.

Dia dilaporkan telah bermain permainan berkenaan hampir 22 hari tanpa henti dan hanya berhenti bermain untuk makan dan tidur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...