Ketagih Main ‘Online Game’, Remaja Meninggal Dunia Akibat Gangguan Saraf

Dunia

Ketagih Main ‘Online Game’, Remaja Meninggal Dunia Akibat Gangguan Saraf

Terkini, seorang remaja perempuan berasal dari Banyumas, Jawa Tengah dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami gangguan saraf dipercayai akibat ketagih permainan video secara dalam talian.

Mengikut laporan, remaja itu dikatakan menjadi ketagih bermain permainan seperti Mobile Legend, Free Fire dan PUBG.

Advertisement

Kesan dari ketagihan itu, remaja itu didakwa seperti ‘tidak mengenali dirinya’ kerana terlalu leka bermain permainan video tersebut.

Ketua Kampung Pageralang, Sumadi berkata, remaja itu sempat dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia.

Ujar si ibu, anak perempuannya tidak pernah berenggang dengan telefon bimbit. Mungkin rutin itu menjadi punca kepada gangguan sarafnya itu.

Gambar Hiasan

Lapor Tribun News, remaja itu pernah memberitahu keluarganya dia berasa tidak sihat sehingga mereka membawanya ke hospital dan sempat menerima rawatan dua hari.

Lebih mendukacitakan, remaja tersebut disahkan meninggal dunia setelah pulang ke rumah.

Pasukan perubatan yang merawatnya memaklumkan remaja perempuan itu mengalami gangguan saraf dan berkemungkinan disebabkan oleh ketagihan permainan video.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...