Berbeza dengan zaman sekarang ni, kalau dulu2 mak bapak kite sering suruh pegi kedai belikkan barang. Dah byk kali sangat pegi kedai tu sampai orang kedai pon dah kenal. Mesti ramai di antara kita pernah mengalami pengalaman macam ni.
Kat sini nak kongsi satu kesilapan yang telah dilakukan oleh seorang budak kecil di Jepun ketika cuba membeli makanan di McDonald berseorangan. Comel gila “kesilapan” ni.
Anak saudara lelaki kepada Arakaki Hayato yang berumur 4 tahun ini telah melakukan “kesilapan” besar ketika cuba membeli makanan di McDonald setelah dia memberitahu Araki yang dia mahu makan makanan McDonald. Araki telah menyuruh anak saudaranya itu pergi membeli dan membawanya pulang sendiri.
?1?????????????????????????????????????????????????
?????????????????????? pic.twitter.com/b8HR1xuoro
— ?? ?? (@hayato_arakaki) 2016?6?23?
Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas, anak saudara Araki ni telah tersilap dengan membawa pulang dulang McDonald sekali dengan makanan yang dipesan. Dengan muka yang bangga dia menunjukkan kepada bapa saudaranya apa yang telah dibelinya.
Sejurus selepas itu, dulang itu telah dipulangkan semula kepada kedai McDonald yang dikunjunginya. Pengurus kedai telah memuji tindakannya untuk memulangkan dulang itu dan memberikan hadiah sebuah patung kepada si kecil yang comel ini.
Kesilapan yang dilakukan ini adalah perkara biasa. Apa yang penting di sini adalah tindakan utk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan? – Pengurus McDonald.
Comel gilakan “kesilapan” ni.