Kesilapan Terbesar Miss Universe 2019, Kostum Terbaik Dimenangi Filipina Bukannya Malaysia

Trending

Kesilapan Terbesar Miss Universe 2019, Kostum Terbaik Dimenangi Filipina Bukannya Malaysia

Satu kejayaan yang membanggakan apabila peserta Malaysia, Shweta Sekhon berjaya memenangi Kostum Terbaik di acara Miss Universe 2019. Lebih membanggakan kostum yang diberi nama ‘A Peranakan Indulgence’ mengangkat tema makanan tradisi Malaysia.

Tetapi semuanya bertukar duka apabila pihak Miss Universe memaklumkan anugerah itu sebenarnya dimenangi oleh Miss Philippines!

Advertisement

Tersalah sebut nama

Semasa pengumuman pemenang itu, pengacara Steve Harvey memaklumkan anugerah itu dimenangi oleh Miss Philippines. Tetapi yang berada di atas pentas bersamanya adalah peserta dari Malaysia.

miss universe

Miss Philippines

Ramai yang sangkakan, ianya adalah kesilapan teknikal dimana Steve Harvey tersilap sebut nama peserta. Tetapi ternyata itu bukanlah satu kesilapan dari pihak produksi.

Tetapi apakah motif sebenar Miss Malaysia ini diminta berdiri di atas pentas jika bukan dimenangi oleh beliau? Dan yang menambahkan kemarahan ramai, kenapa baru sekarang pembetulan ini dilakukan oleh pihak produksi.

miss universe

Miss Malaysia

Pengumuman ini juga dilakukan di media sosial rasmi Twitter Miss Universe 2019 kira-kira satu jam yang lalu (ketika artikel ini ditulis). Buat masa ini, tidak ada penjelasan dari pihak mereka atas kesilapan insiden ini.

Artikel berkaitan: Ratu Cantik Malaysia Bawa Busana ‘Kuih Muih’ Ke Pentas Miss Universe 2019

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...