Setiap minggu Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan akan berkongsikan topik-topik yang menarik di dalam Keluar Sekejap Lagi yang akan membuatkan orang ramai tidak sabar untuk melihat mereka.
KJ dan Dr. Athina bongkar ‘mitos kesihatan’
Dalam segmen ‘Peluh Sekejap’ kali ini, Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ telah membawa pakar kesihatan, Dr. Athina Zulkifli.
Dr. Athina berkata memulakan gaya hidup sihat tidak perlu pun memerlukan perubahan besar dan langkah kecil seperti berjalan kaki atau senaman ringan sudah pun memadai.
Konsistensi adalah kunci. Cari aktiviti yang menyeronokkan untuk kekal bermotivasi.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Dr. Athina juga membongkar mitos kecergasan, di mana beliau menegaskan tidak semua diet atau trend viral sesuai untuk seseorang.
Kesihatan mental juga penting
Tambahannya lagi, seseorang individu bukan hanya perlu menjaga kesihatan fizikal, malah kesihatan mental turut perlu diambil berat.
Ia kerana tekanan mental yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan secara keseluruhan dan oleh kerana itu, Dr. Athina menyarankan melakukan meditasi dan rehat secukupnya bagi mengurangkan stress.
Bahkan, KJ turut berkongsikan pengalamannya konsisten menjaga kesihatan dan mengingatkan penonton untuk terus mencabar diri.
Jangan lupa follow dan subscribe Instagram, YouTube serta Facebook Keluar Sekejap Lagi kalau korang nak tengok banyak lagi episod yang menarik!