Kesihatan Mental Bermula Daripada Usus, Ini Sebab Kenapa Penting Untuk Anda Jaga Kesihatan Usus

Branded

Kesihatan Mental Bermula Daripada Usus, Ini Sebab Kenapa Penting Untuk Anda Jaga Kesihatan Usus

Kami yakin pasti anda pernah dengar frasa ‘kesihatan tubuh badan bermula daripada usus’ betul tak? Adakah frasa ini betul?

Jawapannya, YA. Kesihatan usus sangat penting dan perlu dijaga dengan baik supaya kita dapat memastikan tubuh badan serta mental kita dalam keadaan baik.

Tapi, apa kaitan sebenar usus dengan kesihatan badan? Kalau nak tahu, meh sini meh kami kongsi.

Beri Pengaruh Besar Untuk Sistem Imun, Sebab Itu Penting Jaga Kesihatan Usus

Kesihatan usus

Siapa dekat sini yang selalu mengalami masalah sakit perut, sakit sendi dan otot serta kelelahan, ini adalah antara petanda sistem imuniti anda lemah tau. Jadi, apa yang perlu dibuat?

Percaya ataupun tidak, untuk memastikan sistem imuniti anda sentiasa dalam keadaan yang baik, anda perlu menjaga kesihatan usus anda. Seriuslah?

Selain daripada memainkan peranan penting dalam sistem pencernaan makanan, usus juga bertindak sebagai pusat untuk kesihatan bagi keseluruhan badan dan minda.

Erti kata lain, usus berpengaruh untuk sistem imuniti badan serta mood kerana ia melakukan komunikasi kompleks yang menghubungkan sistem pencernaan terus ke otak menerusi paksi usus-otak.

Untuk pengetahuan pembaca, sekitar 70%-80% daripada sistem imun terletak pada usus, yang mana ia menjadi barisan pertahanan pertama dalam badan yang bertindak untuk melindungi daripada bakteria dan virus berbahaya.

Jadi, untuk mengekalkan tindak balas imun yang kuat, keseimbangan bakteria baik atau probiotik dalam usus adalah sangat penting. Lah, mana pula nak cari minuman probiotik?

Tak perlu pergi jauh, anda boleh dapatkan probiotik dalam minuman VITAGEN, yang mana ia mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei.

VITAGEN telah terbukti secara klinikal dapat membantu menjaga keseimbangan mikrobiom usus serta memastikan sistem imun kekal kuat dan terlindung.

Mental Yang Sihat Bermula Daripada Usus Yang Sihat

Kesihatan usus

Selain daripada berpengaruh besar dalam sistem imuniti badan, usus juga memainkan peranan penting untuk kesihatan mental tau. Biar betul?!

Untuk pengetahuan, usus anda menghasilkan 95% serotonin ataupun hormon gembira, menerusi penghasilan neurotransmitter, iaitu bahan kimia yang menghantar isyarat kepada otak.

Jadi, kalau mikrobiom usus anda sihat dan seimbang, ia mampu menghasilkan lebih banyak serotonin, seterusnya dapat membantu mengawal mood dan mengurangkan perasaan stres dan kemurungan. Wah, baguslah kalau macam tu!

Percaya ataupun tidak, disebabkan oleh hubungan antara usus dan otak ini, para penyelidik kini meneroka probiotik sebagai rawatan yang berpotensi untuk gangguan mood.

Jadi, adakah kita perlu mengambil probiotik setiap hari secara konsisten demi kesihatan usus dan macam mana?

Haa, terdapat beberapa pilihan yang anda boleh cuba untuk memperoleh bakteria baik, antaranya menerusi kaedah semula jadi melalui makanan yang ditapai seperti kombucha, kimchi, kefir, tempe, dan yogurt.

Alamak, macam lagi leceh je? Jangan risau, ada lagi pilihan yang lebih mudah dan dapat memberikan tahap keberkesanan yang sama seperti makanan semula jadi.

Minum VITAGEN Untuk Kesihatan Usus, Saintis Akui Kebaikan Minum Probiotik Ini

Kesihatan usus

Ya, anda baca tajuk tu betul. Anda boleh dapatkan manfaat probiotik yang lebih mudah daripada minuman VITAGEN.

Menariknya, bakteria baik yang ada dalam minuman ini dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam mikrobiom usus, dalam masa sama mampu menyokong kesihatan pencernaan dan kesihatan mental anda.

Kalau anda nak tahu, terdapat sebuah kajian secara klinikal terbaru yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan GUT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengkaji tahap keberkesanan ketara VITAGEN terhadap kesihatan mental dan pencernaan.

Hasil kajian mendapati bahawa peserta yang minum VITAGEN secara berkala mengalami:

– Peningkatan sebanyak 47% dalam paras serotonin, membantu memperbaiki mood dan emosi

– Pengurangan sebanyak 42% dalam skor kemurungan terutama dalam kalangan individu sindrom iritasi usus (IBS)

– Pengurangan sebanyak 42.1% dalam simptom IBS, termasuk pergerakan usus yang kurang kerap dan pengurangan sakit perut

Menerusi kajian ini, para saintis telah membukti bahawa VITAGEN mampu beri kesan yang mendalam terhadap kesihatan badan secara keseluruhan.

Jadi, kalau anda inginkan usus yang sihat, jangan lupa dapatkan minuman VITAGEN sekarang di mana-mana pasaraya dan kedai serbaneka berdekatan di seluruh Malaysia.

Kesihatan usus

Minuman VITAGEN boleh didapati dalam dua jenis iaitu ‘regular’ dan kurang gula, mengikut amalan gaya hidup anda.

Psst, anda juga boleh dapatkan minuman probiotik ini menerusi pembelian dalam talian di laman web rasmi VITAGEN Home Delivery.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi VITAGEN atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...