Musim cuti sekolah pada ketika ini pastinya membuatkan ibu bapa runsing memikirkan tentang lokasi terbaik untuk bawa anak-anak berjalan dan beriadah.
Dan pastinya, taman tema menjadi tumpuan utama kerana ia tempat terbaik untuk anak-anak bersuka ria dan menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga tercinta.
Namun, satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia meluahkan perasaan kecewa dengan pengurusan Genting yang menutup hampir sebahagian permainan ‘indoor’ di Skytropolis milik syarikat pelancongan itu.
Seriously @RW_Genting, with this many rides "unavailable", I wonder why Skytropolis is even open ? pic.twitter.com/dKPw6o8y3M
— Mediha (@mediha_m) September 3, 2022
Dalam tweet tersebut, @mediha_m ada memuat naik satu hantaran foto yang menunjukkan senarai permainan ‘indoor’ yang ditutup, berjumlah 12 unit keseluruhannya.
Wanita itu juga yang ditemui portal World Of Buzz turut menceritakan momen-momen kekecewaan itu yang telah memberi kesan terutama sekali kepada anak-anaknya.
Saya melawat Genting Skytropolis Indoor Theme Park pada hari Sabtu lalu. Saya dan keluarga sampai ke taman tema pada jam 2.30 petang dan kami melihat papan notis yang menyatakan terdapat 12 permainan tidak beroperasi.
Menganggap ia sebagai perkara yang cukup mengecewakan kerana mereka telah datang jauh dari Kuala Lumpur, Mediha memaklumkan bahawa dia telah membeli tiket secara atas talian dan membelanjakan lebih RM300 untuk pas satu hari ke taman tema untuk dia dan anak-anaknya.
Meskipun situasi tersebut agak mengecewakan, namun anak-anaknya menurut Mediha tidak kisah dan tetap berseronok pada hari tersebut meskipun terpaksa beratur panjang dan lama dek kerana unit permainan yang dibuka sedikit untuk pengunjung.
Katanya lagi, kebanyakan permainan yang tidak beroperasi itu ditutup kerana kekurangan pekerja dan staff.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.