“Kesian Woi..” – Terlampau ‘Confident’ Mekap Sampai ‘Silver’ Muka, Ramai Simpati Pada Pengantin

Kehidupan

“Kesian Woi..” – Terlampau ‘Confident’ Mekap Sampai ‘Silver’ Muka, Ramai Simpati Pada Pengantin

Semasa hari persandingan sudah pasti setiap pengantin mahukan penampilan yang menarik serta cantik kerana itu merupakan hari bersejarah yang tidak akan pernah dapat dilupakan.

Kerana mahu kelihatan ‘extra’ cantik, ramai bakal pengantin mengupah make-up artists (MUA) untuk merias wajah mereka, namun tidak semua MUA mampu memberi hasil yang baik pada akhirnya.

Advertisement

Seperti video di TikTok yang tular baru-baru ini, kelihatan muka si pengantin perempuan berwarna silver kerana di make-up oleh seorang mak andam yang di upah olehnya.

Lebih menarik perhatian ramai apabila mak andam yang menghias wajah pengantin itu kelihatan amat yakin dengan apa yang telah dilakukan olehnya.

Bagaimanapun, jelas kelihatan hasil yang dilakukan sememangnya tidak mengikut tona kulit pengantin berkenaan dan disebabkan itu, muka pengantin itu kelihatan gelap dari kulit sebenar dan ke arah warna silver.

komen tiktok

Melihat di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen berasa simpati ke atas pengantin perempuan itu dan mempersoalkan ‘keyakinan’ mak andam tersebut ketika meletakkan foundation di muka wanita itu tanpa berasa pelik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ridhuan tee
3 years ago

"Saya Pasrah" - Tular Isu Anak Bercium, Ridhuan Tee Anggap Sebagai Ujian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...