Penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Orang ramai yang tidak dapat hadir menyaksikan acara tersebut secara fizikal kerana Covid-19 hanya berpeluang menyaksikan siaran langsung menerusi platform media sosial rasmi TV3. Namun, ramai netizen yang mempersoalkan tahap grafik yang diguna pakai dalam acara tersebut.
Didi & friends? The heck #ABPBH34 pic.twitter.com/N1Him6CmCI
— najwaarosli (@najwaarosli) November 13, 2021
Paling mendapat perhatian adalah visual grafik yang menjadi latar belakang persembahan penyanyi Fauziah Latif dan Wani Kayrie.
“Ini Didi & Friends ke? #ABPBH34,” tulis seorang pengguna Twitter.
Persembahan Syamel, Jay Jay dan Anuar Zain turut dikritik netizen kerana grafik yang digunakan TV3 jauh lari daripada konsep persembahan.
“Kasihan Syamel. Nyanyi sedap-sedap tapi kesan 3D hina ala-ala menyanyi dalam Aquaria,” komen seorang lagi netizen.
Expectation vs Reality pic.twitter.com/28PDM78MeN
— Akaun Baru Alan (Taylor’s Version) ? (@IniAlalalannn) November 13, 2021
Selain sistem grafik, netizen turut meluahkan rasa kurang puas hati dengan sistem audio acara berprestij tersebut kerana siaran adakalanya terganggu selain capaian internet yang beberapa kali tersekat-sekat.
Malah, netizen juga mendakwa sudut yang dirakam oleh jurukamera tidak memfokuskan kepada artis yang berada di atas pentas dan mempersoalkan kemahiran jurukamera yang bertugas pada malam itu.