Pelakon Shakila Khoriri semalam ada meluahkan rasa kecewa apabila rancangan cuti hujung minggu bersama anak tersayang berakhir dengan kekecewaan gara-gara servis dan fasiliti Zoo Negara yang tidak memuaskan.
Kata Shakila, pusat rekreasi itu sangat mengecewakan dan tidak mempunyai pembaharuan yang boleh dibanggakan.
Ujarnya lagi, dia cuba untuk ‘support’ namun tiada aktiviti menarik selain kehadiran haiwan eksotik panda di sana.
Cuba lah nak share and support tapi end up hati kecil agak kecewa dengan tiada pembaharuan yang dibuat.
Keadaan semua sangat menyedihkan. Cuba positive dan cari apa yang lain untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde..ohhh ada panda je lah.
Shakila juga ada mencadangkan agar pihak pengurusan Zoo Negara agar mula melakukan kerja naik taraf tempat rekreasi berkenaan.
Saya rasa pihak pengurusan zoo negara dah boleh sit down and do something instead of ajak orang datang beramai-ramai tanpa ada apa yang menggairahkan di situ. Kesian parents, kesian anak-anak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan pendapat yang sama dengan luahan Shakila Khoriri di Instagram itu.
“Betul setuju! Tolonglah ada pembaharuan, kesian anak-anak, excited nak datang tapi hambar..” komen seorang netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.