Tindakan sebuah keluarga yang mengajak seorang rider kurier berbuka puasa bersama mereka meraih pujian ramai selepas video dikongsikan tular di TikTok.
Menerusi rakaman di akaun @dayahdimana2, rider itu dikatakan masih bekerja menghantar parcel ketika sudah waktu berbuka puasa.
Kasihan dengan lelaki tersebut bekerja keras mencari rezeki, keluarga tersebut menjemputnya untuk berbuka puasa di rumah tersebut.
Rakaman itu memaparkan lelaki berkenaan sedang duduk di meja makan bersama ahli keluarga tersebut menikmati juada berbuka.
Ajak abang JnT makan dekat rumah. Kesian dia orang berbuka dia (masih) menghantar parcel.
Berdasarkan perkongsian itu, keluarga tersebut menghidangkan lauk ayam masak merah, sayur campur dan sardin untuk mereka semua.
@dayahdimana2 KESIAN ABANG JnT 🥹#dayahdimana2 #nulldimana2 #muar #ramadan2025 ♬ original sound – أمــجــد | Amjad
Ramai netizen terharu dan memuji sikap empati keluarga berkenaan kerana mengajaknya berbuka bersama meskipun tidak mengenali rider terbabit.
Sesetengah netizen mendoakan agar keluarga tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan atas kebaikan yang mereka lakukan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.