“Kesian Noki Tersakiti” – Aina Abdul Dikritik ‘Syok Sendiri’, Biar Baju Ropol Awan Halang ‘View’ Artis Di AJL37

Hiburan

“Kesian Noki Tersakiti” – Aina Abdul Dikritik ‘Syok Sendiri’, Biar Baju Ropol Awan Halang ‘View’ Artis Di AJL37

Penyanyi Aina Abdul baru-baru ini telah menggondol kejayaan besar apabila dia memenangi Anugerah Juara Lagu ke-37 pada hari Ahad yang lalu.

Namun, di sebalik kejayaan itu, muncul pula kata-kata kritikan daripada sesetengah netizen yang mempersoalkan gaya penampilan Aina pada malam itu yang dikatakan mengganggu rakan artis yang lain.

Advertisement

Pada malam itu, Aina menggayakan baju beropol seperti awan putih yang terapung bagi persembahan lagu Terus Hidup dan tidak dinafikan kelihatan sangat cantik dan unik, sesuai dengan gelaran ratu fesyen ala ‘Lady Gaga’ di Malaysia.

Setelah majlis anugerah tamat, tular video memaparkan penyanyi Noki daripada kumpulan K-Clique yang turut bertanding pada malam itu kelihatan terganggu dengan baju Aina Abdul.

Penyanyi rap itu memaparkan reaksi seperti ‘pasrah’ apabila dia menerima tempias kibasan baju Aina yang besar selain menutup pemandangan Noki di pentas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kesian kepada Noki dan mengkritik sikap Aina Abdul yang dianggap mementingkan diri.

Dia pakai macam tu tak fikir ke orang belakang ke? Ke memang tak ada common sense. Aku suka Aina Abdul ni nyanyi. Tapi pakaian dia selalu nak terpaling mengalahkan Lady Gaga.

Sekadar info, Aina Abdul merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Dengan pengumuman tersebut, Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.

Bekas isteri radhi oag
2 years ago

"Kau Ingat Kau Bagus, Ingat Kau Cantik?" - Bekas Isteri Dedah Radhi OAG Maki Hamun Gara-Gara Enggan 'Selfie' Berdua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...