Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang gadis yang mendedahkan tindakan bapa tiri dan ibu kandungnya yang kejam dan telah menjadi mangsa dera penjaganya itu.
Kisah itu kemudiannya menjadi viral dan netizen mula mencari siapakah ibu kandung dan bapa tiri gadis yang dikenali sebagai Dahlia itu.
Malah, satu akaun Facebook dan Instagram juga dibuat bagi mendedahkan segala perbuatan keji ibu bapa Dahlia dan satu rakaman suara dan juga beberapa keping foto memaparkan kecederaan di wajah akibat didera juga telah dimuat naik sebagai bukti.
Dakwa gadis itu, bapa tirinya telah memijak kepala menggunakan kaki, menghentak wajahnya, menarik rambut dan leher selain diterajang dan ditampar berkali-kali.
Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila gadis itu mengambil langkah sepatutnya dengan membuat laporan polis namun telah dilayan dengan tidak sepatutnya.
Kata Dahlia, pihak polis seolah-olah memihak kepada bapa tirinya kerana bekerja sebagai penjawat awam dan turut memujuk agar dia menarik semula laporan polis yang dibuat.
Ya Allah, polis backup ayah tiri sebab ayah tiri kerja kerajaan. Diorang pujuk bagi Dahlia kesian dekat ayah tiri supaya Dahlia tarik balik kes tu.
Tegasnya, walau apapun yang terjadi dia akan terus bangkit ‘melawan’ dan tidak mahu didera lagi.
Terbaru, media tempatan melaporkan individu difahamkan bapa tiri kepada Dahlia telah ditahan untuk membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, remaja terbabit telah hadir untuk membuat laporan polis pada 18 Ogos lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.