“Kesian Mereka Bersungguh Maki Hamun, Saya Tak Baca, Terus Padam Dan ‘Block'” – Ibu Aliff Aziz

Hiburan

“Kesian Mereka Bersungguh Maki Hamun, Saya Tak Baca, Terus Padam Dan ‘Block'” – Ibu Aliff Aziz

Sering menjadi tumpuan netizen Malaysia khususnya, ibu kepada pelakon Aliff Aziz sekali lagi tampil mencoret isi hatinya di Instagram.

Ibu Aliff Aziz dedah terima banyak mesej maki hamun

Tulis Siti Hafiza, dia menerima banyak mesej daripada netizen yang memaki hamun berikutan isu melibatkan Aliff Aziz sebelum ini.

Advertisement

Memilih untuk abai dan sekat akaun

Namun begitu, Hafiza memilih untuk mengabaikan dan memadam mesej kebencian itu selain turut memaafkan netizen yang berbuat demikian.

Setiap hari saya terima beratus-ratus hate DM’s from cyber troopers tegar. Alhamdullilah saya tidak baca hanya terus click block dan delete. Kesian sebab mereka bersungguh menulis maki hamun.

Mereka pasti penat kan tapi tidak mengapa saya maafkan sebab mereka tak tahu, mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung dan tapi pastinya mereka sangat menghiraukan kami.

Sementara itu dalam hantaran yang sama, dia juga ada memuat naik satu hantaran doa daripada pengikutnya agar terus kuat menghadapi dugaan.

Allah ilhamkan untuk terbaca DM sister ini, Allahuakbar ramai lagi insan-insang hebat yang mempunyai akal yang waras untuk berfikir dan menjaga adab Alhamdulillah.

Terdahulu, anak Hafiza, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilaporkan sudah menceraikan isterinya, aktres Bella Astillah dengan talak satu.

Ia susulan daripada kes penangkapan khalwat Aliff Aziz bersama pelakon Ruhainies pada awal bulan Mac lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aishah kahwin lagi
1 month ago

Aishah 'Janji Manis Mu' Sudah Kembali Bergelar Isteri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...