Sejak semalam, nama penyanyi muda Ismail Izzani menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular satu video menunjukkan dia berpelukan dan mencium seorang wanita di kelab malam.
Ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap pelantun lagi Demi Kita itu selain turut meminta penjelasan daripadanya tentang apa yang berlaku.
Ruangan komen di hantaran Instagram Ismail Izzani dibanjiri kritikan, sindiran dan kecaman ramai terutamanya pengikut serta peminatnya.
Rata-ratanya akui berasa kecewa selepas mendapat tahu penyanyi berusia 22 tahun itu seorang ‘kaki kelab’ dan ada yang turut menasihati Ismail supaya bertaubat.
Kecewa dengan dia ni. Kaki kelab rupanya.”
Sesetengah peminat memberikan dorongan kepada penyanyi kesukaan mereka agar berubah ke arah yang lebih baik dan tinggalkan dunia ‘lagha’ sebegitu.
Sebelum ini, Ismail Izzani pernah menjadi bualan hangat selepas didakwa aktif seks rambang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil. Bagaimanapun, ibunya menafikan perkara tersebut dan berkata anaknya tiada masa untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut serta masih ada pegangan agama.
Sesetengah netizen mengungkit kenyataan ibunya yang dikatakan cuba ‘cover’ aktiviti tidak bermoral anaknya itu namun kini Ismail terang-terangan dirakam memeluk serta mencium wanita lain.