Gara-gara memuat naik foto isteri dengan kapsyen ‘Kekasih Awal dan Akhir’, penyampai radio, Fizi Ali dikritik netizen di media sosial kerana dianggap menidakkan kewujudan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
Kata netizen, Fizi seolah-olah tidak menghargai pengorbanan Shakilla Khoriri yang pernah melahirkan anak mereka, Ameena menerusi perkahwinan pertama mereka dahulu.
Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul kot. Tapi kekasih awal tu tak berapa kena.
Maklum dengan kritikan yang diterimanya itu, Fizi Ali menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya kapsyen itu adalah berdasarkan nama lagu Datuk Jamal Abdillah ketika mereka berdua menghadiri konsert penyanyi lagenda itu pada malam Ahad lalu.
Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli, itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah.
Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Shakilla Khoriri namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.
Fizi kemudian bernikah dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.