“Kesian Ex Wife Baca..” – Akui Tom Bantu Cegah Daripada Hisap Dadah, Netizen Anggap Fuad Lupa Kebaikan Isteri

Hiburan

“Kesian Ex Wife Baca..” – Akui Tom Bantu Cegah Daripada Hisap Dadah, Netizen Anggap Fuad Lupa Kebaikan Isteri

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, peserta Gegar Vaganza musim kesembilan iaitu Fuad Rahman dan Tom mengakui ketika ini mereka sedang menjalinkan hubungan mesra serta mengenali hati satu sama lain.

Susulan hal itu, Fuad menegaskan bahawa Tom bukan punca perkahwinan yang dibina oleh penyanyi lelaki tersebut bersama isteri, Siti Zulaiha musnah dan kini sedang dalam proses bercerai.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Fuad memberitahu Tom merupakan individu yang sangat membantu serta menyelamatkannya daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Berikutan memberitahu Tom merupakan individu penting dalam menyelamatkannya daripada penyalahgunaan dadah, netizen berpendapat penyanyi tersebut membelakangi isteri yang selama ini bersama dengannya.

Netizen mendakwa penyanyi tersebut sama sekali tidak memikirkan perasaan isteri apabila mengeluarkan kata-kata tersebut.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

 

Malah, ramai juga simpati pada isteri jika dia mengetahui hal yang diperkatakan oleh Fuad kerana ia seakan-akan menampakkan dirinya langsung tidak membantu untuk mencegah.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2 years ago

"Dia Selamatkan Aku Daripada Menghisap Balik Benda-Benda Tak Elok" - Fuad Rahman Pertahankan Tom

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...