Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kesian Aisha Masih Kecil..” Peminat Minta Beranak Lagi, Fasha Sandha Kata Tunggu Lagi Dua Tiga Tahun

Fasha dan anak

Pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz  memang diketahui ramai sering memuat naik gambar keluarga dan sudah tentu keletah anak ketiga kepada pasangan ini iaitu Aisha Amaira sering sahaja mencuri perhatian peminat kerana aksinya yang comel dan mencuit hati.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Aisha yang baru sahaja berumur lapan bulan itu selalu menjadi tumpuan dan oleh disebabkan itu, ada peminat sudah meminta Fasha agar melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.

Namun, pelakon filem Anak Mami Kembali itu menjelaskan bahawa dia belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, dia juga tidka menolak jika dikurniakan rezeki dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Alamak! InsyaAllah tapi belum lagi la sis..Aisha masih kecil. Kasihan dia, InyaAllah lagi dua tiga tahun.” balas Fasha apabila diajukan permintaan untuk dia beranak lagi dari perminat.

Terdahulu, Aisha Amaira Mohd Aidil telah dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Advertisement

Fasha dan Aidil sebelum ini telah berkahwin pada Mac 2019 dan merupakan perkahwinan kali kedua buat pelakon wanita itu.

Dia juga mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan pertamanya iaitu Putra Rayfal Ramli,7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    April 7, 2021 at 10:21 am

    bosan2 nanti cari lagi laki baru.
    nak tengok bibit baru lagi

  2. tecit

    April 6, 2021 at 3:05 pm

    cantik gile. lain acuan bile lain ayahnye huhuhu

Loading...
To Top