Keserasian Beri Kelebihan, Shafeek Dan Zazo Juara LCK3, Bawa Pulang RM50,000

Hiburan

Keserasian Beri Kelebihan, Shafeek Dan Zazo Juara LCK3, Bawa Pulang RM50,000

Penyanyi baharu, Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli telah meraih gelaran juara musim ketiga program realiti, Lagu Cinta Kita (LCK3) yang disiarkan secara langsung TV3 dari Studio 1, Glenmarie.

Pasangan itu berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000 serta barangan tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea.

Advertisement

Menurut Zaleha atau lebih dikenali sebagai Zazo, kemenangan mereka di luar jangkaan dan turut berterima kasih kepada penyokong.

Terima kasih semua yang mengundi kami. Terima kasih kepada juri. Secara jujur tak sangka, malah, kami sudah bersedia untuk kalah.

Shafeek dan Zazo menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak dan single baharu berjudul Bagai Cahaya.

Tempat kedua diraih pasangan Fadli Hariz dan Norwanie yang menerima hadiah wang tunai RM30,000.

Seterusnya, pasangan Pasya dan Puteri Khareeza mendapat tempat ketiga serta membawa pulang wang tunai RM20,000.

Tempat keempat diraih pasangan Achik Asrain dan Maria Khairul yang membawa pulang barangan tajaan Flavettes Nutriskincare dan Nivea.

Baca: Tunai Janji, Ajak Shiro Beri Smart TV Milik Sendiri Kepada Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...