Kesempitan Hidup Menjadi Penghalang Seorang Ibu Tidak Dapat Menguruskan Jenazah Bayi

Kehidupan

Kesempitan Hidup Menjadi Penghalang Seorang Ibu Tidak Dapat Menguruskan Jenazah Bayi

Kesempitan hidup yang dialami oleh seorang ibu menyebabkan dia tidak dapat menguruskan jenazah bayi lelakinya yang sudah terbiar semalam.

Dilaporkan bayi lelaki berusia tiga bulan itu meninggal dunia kerana demam panas dan si ibu hanya mampu mendakap bayinya sejak malam tadi, lapor Harian Metro.

Advertisement

Sumber : Harian Metro

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah setinggan di Semporna, Sabah dan hal tersebut disedari oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu Rumah Ngaji.

Pengasasnya berkata, pihaknya bersama dengan tiga orang ustaz kampung telah membantu menguruskan jenazah bayi tersebut.

Ketika dihubungi Harian Metro, kejadian itu disedari oleh sukarelawan tersebut melihat ibu berkenaan menangis dan apabila ditanya dia memaklumkan yang bayinya sudah meninggal dunia tetapi tidak dapat menguruskannya kerana tidak mempunyai apa-apa.

Oleh itu, pihaknya segera menguruskan bayi tersebut dan selamat dikebumikan pada jam 1.30 tengah hari. Walau bagaimanapun, si ibu masih dalam keadaan trauma dan difahamkan dia turut meminta bantuan daripada beberapa individu sebelum kejadian.

Sumber : Harian Metro

Menurut sumber, ibu berkenaan berada dalam kesempitan hidup selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana dadah.

Pihak NGO telah memberikan bantuan kepada keluarga ini dengan barangan asas untuk dua bulan dan beberapa bantuan lain.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...