“Kesayangan Biduanita Negara..” – Sambut Hari Lahir Datuk Khalid, Video Sambutan Siti Nurhaliza Dan Tengku Zawyah Jadi Tumpuan

Hiburan

“Kesayangan Biduanita Negara..” – Sambut Hari Lahir Datuk Khalid, Video Sambutan Siti Nurhaliza Dan Tengku Zawyah Jadi Tumpuan

Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat menyambut ulang tahun kelahiran suami tersayang, Datuk Khalid bersama-sama ahli keluarga dan anak menantu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Sambut hari lahir suami tersayang

Dalam video yang dimuat naik ke aplikasi X dan Instagram milik Siti sendiri, kesemua anak menantu dan juga kehadiran bekas isteri Datuk Khalid, Tengku Zawyah turut dilihat hadir memeriahkan suasana majlis keramaian itu.

Advertisement

Antara yang hadir, anak-anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf, Adib, Anas, Aazief dan isteri masing-masing, pelakon Izara Aisyah, Tya Ariffin serta Aafiyah dan Afwa.

Turut bersama Tungku Zawyah dan suami

Turut dilihat ada bersama, suami kepada Tungku Zawyah, Datuk Rayyan Joseph King di majlis itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan doa selamat buat Datuk Khalid dan mendoakan agar kehidupan serta rumah tangga keluarga selebriti itu dilimpahkan rahmah dan bahagia hingga ke syurga.

Sekadar info, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama usahawan Datuk Khalid Mohamed Jiwa pada Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya dan Afwa.

Datuk Khalid pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Zawyah pada tahun 1985 namun bercerai pada 2005. Mereka berdua dikurniakan empat orang anak lelaki sepanjang perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ziana Zain
2 months ago

"Berhak Bahagia.." - Tular Dakwaan Ziana Zain Berkahwin Lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...