“Kesan Patah Pada Tulang Mayat Boleh Kenal Pasti Cara Mangsa Jatuh” – Pakar Forensik

Trending

“Kesan Patah Pada Tulang Mayat Boleh Kenal Pasti Cara Mangsa Jatuh” – Pakar Forensik

Pakar forensik, Amidon Anan berkata pemeriksaan menyeluruh ke atas mayat merupakan antara proses yang perlu dibuat ketika bedah siasat dijalankan termasuk pemeriksaan luaran seperti pakaian si mati, bertujuan mendokumentasi kecederaan pada mayat dan untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

Antara proses pemeriksaan itu adalah meneliti keadaan mayat secara keseluruhan, perubahan luaran berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda kecederaan.

Advertisement

Tak perlu DNA 100%

Pasukan forensik itu tidak semestinya perlu mendapatkan 100 peratus DNA pelaku tetapi cukup hanya 50 peratus atau apa-apa jumlah sudah memadai jika ditemui pada mangsa.

Jumlah DNA atau bukti diperoleh pada mayat membolehkan individu atau kelompok terbabit dengan kematian mangsa dihadapkan ke mahkamah.

Jabatan Forensik

Gambar hiasan

Tambahnya, menerusi prosedur tersebut juga unsur bukan semula jadi yang mungkin mendorong kematian mangsa mampu dikesan kerana DNA tidak akan musnah meskipun mayat sudah lama dikebumikan.

Amidon turut berkata, proses pembedahan ke atas mayat tidak perlu dilakukan sekiranya punca kematian mangsa sudah dikenal pasti selepas pemeriksaan luaran dilaksanakan.

 

Contoh kes Zara Qairina

Mengambil contoh kes Allahyarham Zara Qairina, pakar forensik DNA dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Zafarina Zainuddin berkata, saringan DNA kurang diperlukan kerana identiti mangsa sudah dikenal pasti, melainkan ada unsur DNA pihak ketiga pada jasad terbabit.

Mungkin agak sukar untuk kenal pasti sama ada DNA pihak ketiga pada jasad Zara Qairina dipindahkan secara paksa atau sebaliknya, jika kematian berlaku akibat pergelutan dengan rakan seasrama.

“Mangsa dan pelaku mungkin menjalani aktiviti bersama yang membolehkan pemindahan DNA terjadi, sebelum kematian Zara Qairina berlaku dan ini perlu dibuktikan melalui siasatan pihak berkuasa,” ujarnya.

bedah siasat zara qairina selesai

Selain itu, saringan ke atas rambut mayat juga boleh dilakukan untuk menentukan jika terdapat bendasing dimasukkan ke dalam tubuh mangsa yang mendorong kepada kematiannya.

Kesan dadah bertahan bagi tempoh yang lama pada rambut manusia, selain kesan patah pada tulang yang boleh menentukan sama ada mayat mati akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Kesan patah pada tulang mayat juga boleh kenal pasti cara mangsa jatuh, selain tidak menolak kemungkinan pemeriksaan dilakukan ke atas spesimen tanah kubur bagi tujuan sama,” kata Dr Zafarina.

Peguam zara qairina
2025-08-11 09:48:30

"Memang Ada Patah, Seperti Yang Tular" - Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...