Kesan ‘Lockdown’, Pengasas Tik Tok Jadi Lelaki Ketujuh Terkaya Di China

Dunia

Kesan ‘Lockdown’, Pengasas Tik Tok Jadi Lelaki Ketujuh Terkaya Di China

Aplikasi Tik Tok adalah aplikasi popular pada masa kini yang mendapat tempat di hati pengguna di mana mereka dapat berkongsi video menarik bersama pengikut akaun masing-masing.

Tahukah anda, pengasas aplikasi ini, Zhang Yiming menjadi lelaki ketujuh terkaya di China dengan nilai 25 bilion Pound Sterling (RM142.95 bilion) dengan hanya hasil membangunkan aplikasi berkenaan.

Advertisement

Aplikasi Tik Tok bawah kendalian syarikat ByteDance itu diasaskan oleh Yiming yang merupakan lulusan kejuruteraan perisian pada 2012. Syarikat itu mempromosikan platform yang membolehkan penggunanya memuat naik video menarik.

Platform yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna anak muda sejak banyak negara menguatkuasakan lockdown akibat Covid-19. Kesan dari itu, ia memberi keuntungan yang besar kepada pengasas dan syarikatnya.

Platform Tik Tok.

Yiming yang juga lulusan Universiti Nankai memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian pada 2015, dia kemudian bekerja untuk syarikat gergasi teknologi lain seperti Microsoft. Belum pun tamat pengajian, Yiming menubuhkan firma teknikalnya sendiri sekitar tahun 2012.

Majalah Time menobatkannya sebagai ‘usahawan terulung di dunia’ pada 2019. Namun, kejayaan aplikasi itu tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) yang membangkitkan isu mengenai soal keselamatan di mana Donald Trump menuduh ia memberi ancaman kepada keselamatan negaranya.

Tik Tok.

Mei lalu, ByteDance mengumumkan bahawa Yiming akan mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai peneraju syarikat teknologi dan beralih ke peranan lain pada akhir tahun ini.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...