Kesan Individu Yang Dijangkiti COVID-19 Dengan Kemudahan Aplikasi ‘MyTrace’

COVID-19

Kesan Individu Yang Dijangkiti COVID-19 Dengan Kemudahan Aplikasi ‘MyTrace’

Umum mengetahui, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negara kita sudah bermula pada hari ini dan hampir semua aktiviti ekonomi telah dibenarkan beroperasi semula. Oleh itu, sangat penting untuk kita ketahui siapa yang berada berdekatan dengan kita ketika ini.

Baca: Aplikasi ‘Check Scammers CCID’ Bantu Pengguna Menyekat Penambahan Mangsa Penipuan Dalam Talian

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kepakaran tempatan telah melancarkan sebuah aplikasi khusus bagi memudahkan rakyat Malaysia mengesan individu yang mempunyai kontak dengan pesakit positif COVID-19. Ianya sekaligus berupaya memutuskan penularan wabak tersebut.

Aplikasi ini telah dinamakan MyTrace iaitu pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yang telah dilancarkan sebelum ini. Difahamkan, pengguna dapat mengesan kehadiran individu sekeliling berdasarkan kekuatan gelombang bluetooth yang dikesan.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga mampu mengesan jarak dan tempoh pertemuan antara penggunanya seterusnya menyimpan data yang dikumpul selama 21 hari di dalam telefon pintar pengguna.

Usaha ini jelas dapat memudahkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sekiranya terdapat kes baharu dan memutuskan jangkitannya secepat mungkin. Bagaimanapun orang ramai tidak perlu bimbang kerana MyTrace hanya mengumpul maklumat pengguna yang dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geo lokasi.

Bagi memastikan keberkesanannya, kerajaan telah menyeru seberapa ramai rakyat Malaysia yang membabitkan pengguna telefon bimbit pintar di seluruh negara untuk memuat turun dan menggunakan MyTrace.

Untuk makluman, setakat ini ianya hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar Android dan bakal di bangunkan untuk pengguna iOS.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...