Kesan Fenomena El Nino, Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa

Trending

Kesan Fenomena El Nino, Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa

3

Ekoran fenomena El Nino kini yang melanda negara di mana suhu di beberapa kawasan yang mencatatkan suhu sehingga lebih 36 darjah Celsius telah menyaksikan Sungai Pahang mengalami air surut dan cetek luar biasa, lapor Sinar Harian.

Advertisement

Hasil tinjauan, kelihatan beting pasir mula jelas kelihatan di sepanjang sungai yang sekali gus menjejaskan nelayan yang menjadikan sungai Pahang sebagai tempat mencari rezeki.

Air yang surut turut menampakkan beting pasir melebihi dua meter dan ada kawasan yang boleh diseberangi dengan berjalan kaki.

Kelihatan juga penduduk sekitar yang turun untuk mencari sejenis siput yang dikenali sebagai etok yang merupakan makanan popular di Pantai Timur.

12

14

Seorang penduduk, Mohamad Othman, 54, berkata, kemarau kali ini dilihat amat luar biasa.

Menurutnya, banyak aktiviti ekonomi terganggu terutama penternakan ikan sangkar dan pertanian yang hampir menyamai situasi kemarau pada 1977.

“Jika kemarau berterusan, saya rasa rekod keadaan sungai yang cetek yang pernah berlaku pada 1977 mungkin berulang kembali,” katanya di sini semalam.

xx

2

4

7

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...